Iklan Jeans menggalakkan wanita Islam buka aurat

Gap MalaysiaHari ini baru perasan ada iklan Jeans yang fit your body. Jika dilihatkan iklan ini sememangnya Jeans wanitanya amatlah fit sehingga boleh menampakkan tubuh dan susuk badan wanita. Dinasihatkan wanita yang beragama Islam dan mengaku dirinya beriman jauhilah daripada membeli, memakai Jeans ketat. Walaupun iklan ini tidak ditujukan kepada perempuan Islam, namun majoriti penduduk Malaysia adalah Islam!

Namun bagi yang tidak perihatin, ramai yang leka dan tidak ambil kisah mengenai iklan ini kerana mereka menggangap ini hanyalah benda yang remeh temeh. Umat Islam kini masih tidur dengan duniawi!

Bukan sahaja jika berpakaian Jeans ketat akan mendapat dosa besar serta Haram. Malahan melihat iklan model iklan produk mereka pun turut Haram dilihat, kerana nampak rambut dan badan mereka yang bagaikan tidak berpakaian. Hal ini tidak perlu cakap banyak, kalau anda betul-betul beriman sudah tentu membaca Al-Quran. Dalam Al-Quran banyak kali dah sebut macam ni, lainlah ada orang yang ambil Agama suku Duniawi suku. Itu ikut Mu lah, selagi saya masih hidup, bernafas menggunakan kemudahan dan Oxigen yang Allah berikan selagi itulah saya akan bersuara disini! Bukan seperti katak dibawah tempurung!

Continue reading “Iklan Jeans menggalakkan wanita Islam buka aurat”