Pastikah Malaysia sudah Merdeka 100%?

MalaysiaYeay… Ramai murid-murid sekolah rendah bersorak gembira dan menyanyikan lagu MERDEKA apabila masuknya bulan Ogos pada tiap-tiap tahun. Tidak kurang juga pelajar-pelajar sekolah menengah masing-masing gembira menyambut ulang tahun kemerdekaan Malaysia kali ke…..* tak ingat. Pada bulan inilah orang-orang cina mengambil kesempatan, tidak terkecuali juga orang melayu kaki niaga tu sibuk membekal bendera jalur gemilang pada sekolah-sekolah. Harga biasa boleh didapati paling murah pun RM1 ringgit. Malang betul jadi budak-budak ni, tiap-tiap tahun mereka habiskan duit ibu dan ayah mereka tiap-tiap tahun semata-mata beli bendera. Selagi mereka tidak cerdik selagi itulah mereka ini (murid-murid sekolah) membuang duit ibu dan bapa mereka untuk benda yang kurang faedah.

Kalau yang pihak sekolah bagi Percuma tu mungkin tahan sikit la. Tapi kalau yang cikgu suruh beli tu, apa tujuan? Hanya nak melambaikan jalur gemilang pada tanggal 31 Ogos. Bagi mereka yang ibu dan bapanya ahli perniagaan, kerja makan gaji, berjawatan jurutera, arkitek dan setaraf dengannya tidak mengapalah nak membazir pun. Kalau kena pada si ayah bekerja nelayan, pesawah, drebar teksi, drebar bas dan setaraf dengannya. Apakah itu membebankan wahai muslimin dan muslimat sekalian? Namun ini bukan topik yang sebenar yang ingin dicoretkan disini.

Continue reading “Pastikah Malaysia sudah Merdeka 100%?”

Melangkah arus Remaja & Internet

Sejak kebelakangan ini, saya melihat semakin banyak laman sosial ditubuhkan mengikut peredaran zaman dan perkembangan teknologi ICT, internet broadband, TM Net Streamyx, Maxis Broadband, Celcom Broadband dan macam-macam lagi lah.. Laman sosial kini sudah merebak ke Malaysia.. Bermula dari laman sosial popular dari United State iaitu Friendster, Myspace, High5, Tagged.. dan banyak lagi… jenuh nak menyebut dan mengingat. Kini laman sosial juga sudah merebak di Malaysia walaupun ia tidak sepopular Myspace mahupun Friendster.

Continue reading “Melangkah arus Remaja & Internet”