Mencarum KWSP EPF sendiri

Bagi anda yang kerja dengan majikan usah risau, majikan anda yang mencarum untuk anda pada setiap bulan selepas dapat gaji. Namun bagi anda yang berkerja sendiri boleh juga mencarum sendiri dengan menggunakan Maybank2u dan buat secara atas talian.

Hanya masukkan No.EPF > pilih self contribution > nama penuh pada akaun EPF > No.kad pengenalan > Jumlah yang ingin carum (paling sikit RM50) > klik PAY

Selepas anda membuat transfer dengan nilaian minima RM50 melalui akaun Maybank2u anda, akaun KWSP ataupun EPF anda akan dikemaskini dengan nilai terkini dalam masa 1-2 hari berkerja.

Cara  pantas untuk melihat kemaskini adalah memuat turun aplikasi di dalam peranti pintar anda dan login menggunakan i-akaun KWSP. Sila pastikan anda telahpun mengaktifkan akaun atas talian KWSP untuk membolehkan anda menyemak baki simpanan semasa anda sebelum login pada aplikasi iOS atau Android ataupun melalui laman web KWSP.

Lihat baki EPF di aplikasi iOS

Paparan utama (iOS) – Jumlah keseluruhan dari akaun 1 dan akaun 2

Pada paparan utama diatas, selepas login pada aplikasi iOS, akan terpapar jumlah keseluruhan yang terkumpul daripada akaun 1 dan akaun 2.

Honda City GM6 Lampu Belakang Depan BMW LED

GM6 convert lampu gaya BMW

Dalam penulisan kali ini, saya berkongsi bagaimana berkeinginan menaik taraf Honda City generasi ke-6 anda mengikut gaya semasa kebanyakkan kereta baru pada hari ini yang mempunyai lampu yang terang dan DRL (Day Running Light) ataupun lampu nyalaan siang.

Dari padangan kaca mata saya, DRL ini lebih kepada isu keselamatan pada mengguna jalan raya dan juga keselamatan pemandu. Kerana tidak semua pemandu kereta mempunyai daya penglihatan yang baik dan berbeza setiap individu. DRL lebih kepada memberi perhatian lebih kepada mata supaya lebih jelas dan terang kehadiran sesuatu kenderaan.

Headlamp – Siang

Headlamp – malam

Mentol lampu low beam saya menggunakan LED Photum saiz H7. Headlamp sepasang dari buatan Eagle Eyes Asia.

2pcs – mentol LED
Photum LED – H7

Kedua-dua mentol lampu jenis LED diatas digantikan dengan mentol asli yang menggunakan Halogen bulb. Halogen akan mengeluarkan cahaya berwarna kuning dan digunakan pada kebanyakkan model kereta dipasaran.

Namun, perkongsian kali ini lebih kepada pencerahan, sekiranya anda perlukan lampu malam dan nyalaan siang yang lebih terang untuk keselamatan dihari siang dan malam.

Power bank ROMOSS pantas tahan lasak

Abang dah pakai powerbank jenama ROMOSS dah lebih 4 tahun. Benda yang menarik ni apa, nak tahu?

  • Charge laju

  • Automatik stop charge apabila bateri peranti pintar anda betul-betul charge sepenuhnya.

  • Sangat sesuai untuk charge semasa anda tidur malam. Elak terlebih charge dan elak bateri peranti pintar anda cepat rosak.

  • Material yang keras dan lasak, sebab abang seorang yang sangat cermat dan berhati-hati.

  • Ada dua port USB.