Honda City GM6 2014 – Toyo Proxes TR1

Sambutan hari raya tidak lama lagi, buat masa ini persiapan dari sudut kegunaan kereta saya menggunakan Toyo Proxes TR1 dan upgrade rim sukan ke original made in Thailand – Lenso Jager Dyna. Rim sukan ini saya telah lama buat research dalam enam bulan, barulah angkat sempena menyiapkan diri dengan Aidulfitri pada tahun 2019 ni.

Sesetengah pengguna kereta sudah memadai dengan tayar jenama biasa biasa, tapi bagi padangan saya telah memandu kereta lebih 10 tahun, penggunaan jenis tayar, grip masa jalan basah dan saiz tayar memainkan peranan dalam setiap pemanduan. Tambahan lagi, semasa musim balik kampung, saya akan memandu lebih 1000KM dari Kuala Lumpur ke Gerik, Perak dan ke Kelantan. Oleh sebab perjalanan itu akan ada risiko tersendiri, sayang nyawa diri sendiri dan secara indirectly adik beradik saya juga akan memandu dan jadi penumpang. Menjadi tanggungjawab saya menjaga keselamatan kereta secara teknikal.

stock baru sampai Lenso – Jager Dyna saiz 16

About nikhanz

Hai, saya Nik. Terima kasih kerana layari blog saya! Ikuti saya di laman sosial terpilih.
This entry was posted in Uncategorized and tagged , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.