Cara untuk kenal pasti syarikat bermasalah

Kita hanya seorang pekerja yang baru sahaja masuk dalam sesuatu syarikat swasta. Kita juga tak pegang jawatan diperingkat pengurusan. Macam mana nak kenalpasti syarikat kita ada masalah kewangan?

Disini saya kongsikan tips dari hasil pengalaman saya sendiri. Saya hanya kongsikan hint yang anda sendiri kena ada sense untuk hidunya diperingkat awal. Nasihat saya bukan semua tempat kita kena bersikap terlampau positif sehingga hak kita tidak dijaga sebagai pekerja, sebab apa? Sebabnya kita ada tanggungan dan tanggungjawab masing-masing secara asasnya. Apa yang anda tanggung, tiada orang akan ambil tahu, ini kerana masing-masing ada bahagiannya yang tersendiri dalam kehidupan masing-masing.

Pada first impression, gaji. Lihat pada berapa haribulan syarikat akan membuat bayaran gaji. Jangan tanya bos, dari pengalaman saya, bos ni susah nak cerita hal sebenar, 1% dalam 99% peratusannya, cara yang terbaik, berboraklah dengan rakan pejabat yang dah lama berada dan berkerja di syarikat tersebut.

Bila anda dah tahu bila masuknya gaji, pergi ke point berikutnya iaitu, caruman EPF/KWSP pula. Biasanya selepas anda dapat gaji tak lama dalam 2 minggu sahaja, anda akan dapat lihat kemaskini caruman EPF dalam akaun online EPF anda. Oleh itu, rajinkan diri anda, buat akaun EPF secara online, sebab nanti mengalami kelecehan bila nak buat semakan penyata, maklumlah nak ke bandar ni, akan ada masalah parking, masalah sesak lalu lintas dan sebagainya. Sebab anda nak buat semakan baki terkini sahaja bukannya nak keluarkan duit untuk beli rumah ke permohonan bayaran PTPTN ke kan, benda remeh macam tu buat semakan online sudahlah.

Ada beberapa fasa kelewatan, selama saya berkecimpung dalam dunia makan gaji ni, dah dekat 8 tahun kiranya. Antaranya kalau lewat yang biasa-biasa, sebulan lewat. Luar biasa lewat 2 bulan, jika melebihi 3 bulan lewat caruman EPF tu, saya nasihat anda supaya carilah syarikat dan majikan lebih baik untuk anda survive dalam kehidupan. Jangan berfikiran terlalu perlahan dan bahasa kasar sikit lembab nak mampos. Jika anda dah berkahwin, lagilah anda kena bertindak dengan tegas pada setiap keputusan dan tindakan yang anda buat. Sebab ada isteri nak kena jaga makan, pakai, tempat tinggal. Kalau ada anak, lagi deep anda kena berfikir. Ingat tu pesanan saya.

Okaylah, selamat menjalani ibadah puasa 🙂

Kongsi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.