Anggaran Sukatan Harga Buat Website Tahun 2019!

Processed with VSCO with a4 preset

Saya dapati ramai yang ingin buat website terutama yang telah ada perniagaan, tujuannya hanya satu, memudahkan prospek mengenali perniagaan apa yang anda lakukan dan pengenalan ringkas syarikat, jenis perkhidmatan, dan usia perniagaan telah berapa lama, sila siapa yang berada disebalik tabir syarikat.

Oleh itu bagi memudahkan anda yang tertanya-tanya berapakah yang perlu diperuntukkan bajet bagi membina sebuah website, dan website jenis apa yang sesuai untuk anda. Mari saya kongsikan..

Website Korporat

Bagi anda yang ingin memperkenalkan syarikat anda, termasuklah halaman seperti apa yang anda buat, apa perkhidmatan yang anda sediakan, apa kepakaran anda dalam bidang. Inilah pilihan terbaik iaitu, sebuah website corporate.

Contoh website:

  1. http://bit.ly/2MH70Dt ,
  2. http://bit.ly/2ZkTAhQ ,
  3. http://bit.ly/2WwOHk9

Anggaran Bajet: RM3,500 (Harga Tidak Termasuk Webhosting Dan Domain).

FREE Bantuan Selama 3 Bulan

Website Tempahan Travel

Ini sangat berbeza dengan website yang lain kerana ia penuh dengan sistem order, pilih tarikh, masa untuk tempahan Travel dan pembayaran secara online.

Contoh Website:

  1. http://bit.ly/2wMbGgv,
  2. http://bit.ly/2R8D9m1,
  3. http://bit.ly/2WuaSHz

Anggaran Bajet: RM15,000 (Harga Tidak Termasuk Webhosting Dan Domain)

Website E-Commerce

Ini kategori website yang paling ramai ahli perniagaan pakai, sebab ia direct selling point punya website. Kebanyakkan pemilik perniagaan yang menjual produk kecantikan, peragaan, pakaian, outfit, lebih umum produk fizikal.. mereka menggunakan platform E-Commerce untuk menjual barang secara online. Selain E-Commerce, nama lain yang common, Shopping website, e-dagang dan banyak lagi. Sistem ni dilengkapi dari daftar pelanggan, kumpul database pelanggan, menguruskan pesanan order sehinggalah postage dan payment menyokong bank-bank di Malaysia dan optional boleh pakai international payment. Pakai sistem ni memudahkan pengurusan perniagaan dibuat.. dari sudut operasi, pengurusan dan pengawasan..

Contoh Website:

  1. http://bit.ly/2I8nv7s,
  2. http://bit.ly/2KaTsy9,
  3. http://bit.ly/2KJhQqb

Anggaran Bajet: RM4,800 (Harga Tidak Termasuk Webhosting Dan Domain)

FREE Bantuan Selama 3 Bulan

Ketahui lebih lanjut: http://bit.ly/2ZkxBrA

Honda City GM6 2014 – Toyo Proxes TR1

Sambutan hari raya tidak lama lagi, buat masa ini persiapan dari sudut kegunaan kereta saya menggunakan Toyo Proxes TR1 dan upgrade rim sukan ke original made in Thailand – Lenso Jager Dyna. Rim sukan ini saya telah lama buat research dalam enam bulan, barulah angkat sempena menyiapkan diri dengan Aidulfitri pada tahun 2019 ni.

Sesetengah pengguna kereta sudah memadai dengan tayar jenama biasa biasa, tapi bagi padangan saya telah memandu kereta lebih 10 tahun, penggunaan jenis tayar, grip masa jalan basah dan saiz tayar memainkan peranan dalam setiap pemanduan. Tambahan lagi, semasa musim balik kampung, saya akan memandu lebih 1000KM dari Kuala Lumpur ke Gerik, Perak dan ke Kelantan. Oleh sebab perjalanan itu akan ada risiko tersendiri, sayang nyawa diri sendiri dan secara indirectly adik beradik saya juga akan memandu dan jadi penumpang. Menjadi tanggungjawab saya menjaga keselamatan kereta secara teknikal.

stock baru sampai Lenso – Jager Dyna saiz 16

Cara untuk kenal pasti syarikat bermasalah

Kita hanya seorang pekerja yang baru sahaja masuk dalam sesuatu syarikat swasta. Kita juga tak pegang jawatan diperingkat pengurusan. Macam mana nak kenalpasti syarikat kita ada masalah kewangan?

Disini saya kongsikan tips dari hasil pengalaman saya sendiri. Saya hanya kongsikan hint yang anda sendiri kena ada sense untuk hidunya diperingkat awal. Nasihat saya bukan semua tempat kita kena bersikap terlampau positif sehingga hak kita tidak dijaga sebagai pekerja, sebab apa? Sebabnya kita ada tanggungan dan tanggungjawab masing-masing secara asasnya. Apa yang anda tanggung, tiada orang akan ambil tahu, ini kerana masing-masing ada bahagiannya yang tersendiri dalam kehidupan masing-masing.

Pada first impression, gaji. Lihat pada berapa haribulan syarikat akan membuat bayaran gaji. Jangan tanya bos, dari pengalaman saya, bos ni susah nak cerita hal sebenar, 1% dalam 99% peratusannya, cara yang terbaik, berboraklah dengan rakan pejabat yang dah lama berada dan berkerja di syarikat tersebut.

Bila anda dah tahu bila masuknya gaji, pergi ke point berikutnya iaitu, caruman EPF/KWSP pula. Biasanya selepas anda dapat gaji tak lama dalam 2 minggu sahaja, anda akan dapat lihat kemaskini caruman EPF dalam akaun online EPF anda. Oleh itu, rajinkan diri anda, buat akaun EPF secara online, sebab nanti mengalami kelecehan bila nak buat semakan penyata, maklumlah nak ke bandar ni, akan ada masalah parking, masalah sesak lalu lintas dan sebagainya. Sebab anda nak buat semakan baki terkini sahaja bukannya nak keluarkan duit untuk beli rumah ke permohonan bayaran PTPTN ke kan, benda remeh macam tu buat semakan online sudahlah.

Ada beberapa fasa kelewatan, selama saya berkecimpung dalam dunia makan gaji ni, dah dekat 8 tahun kiranya. Antaranya kalau lewat yang biasa-biasa, sebulan lewat. Luar biasa lewat 2 bulan, jika melebihi 3 bulan lewat caruman EPF tu, saya nasihat anda supaya carilah syarikat dan majikan lebih baik untuk anda survive dalam kehidupan. Jangan berfikiran terlalu perlahan dan bahasa kasar sikit lembab nak mampos. Jika anda dah berkahwin, lagilah anda kena bertindak dengan tegas pada setiap keputusan dan tindakan yang anda buat. Sebab ada isteri nak kena jaga makan, pakai, tempat tinggal. Kalau ada anak, lagi deep anda kena berfikir. Ingat tu pesanan saya.

Okaylah, selamat menjalani ibadah puasa 🙂