WordPress v2.7 lebih menawan


Hari ini saya mula meng-install wordpress version baru, ternyata apabila login ke admin area.. fuiyo! Cantik! Ia lebih cantik dan menawan dari sebelumnya.. Terima kasih pada WordPress.Org kerana mengeluarkan versi baru ini, tahniah! (syok sendiri ke?). Antara kelebihan yang saya nampak pada versi baru ni antaranya bahagian ‘Dashboard’ dia nampak lebih tersusun serta ia menggunakan warna yang biasa tidak menyakitkan mata yang memandang pada warna yang sebelumnya iaitu warna kebiruan. Tahniah! sekali lagi, tapi dalam hati ni saya terasa lebih terpikat untuk berbloging dengan lebih lama lagi dengan WordPress ini.. hehehe..

Ha nak promosi sikit, kepada sesiapa diluar sana masih belum menggunakan WordPress ni maka cepat-cepat la beralih kepada WordPress ni. Ada banyak benda yang menarik yang boleh dibuat selain berblog. Antaranya boleh ditambah plugin, mempunyai kepelbagaian jenis tema, serta mudah digunakan dan ianya juga sesuai dari peringkat pelajar menengah sehinggalah pada golongan professional.. Okeh.. ayuh WordPress!

Author: nikhanz

Hai, saya Nik. Terima kasih kerana layari blog saya! Ikuti saya di laman sosial terpilih.

Leave a Reply