Webhosting solution: Macam mana anda memilih?

dediJika kita lihat banyak penyelia hosting di Malaysia ini. Masing-masing menawarkan beraneka jenis harga, fungsi, penambahan addon dan nama domain. Sekarang ini banyak persaingan harga yang boleh kita lihat terutama pada penyelia hosting yang masih berada pada tahap membangun.

Antaranya, Cubiex, Rawanaz, BaitulBytes. Ini salah satu penyelia hosting yang masih pada tahap membangun. Kedua-duanya menawarkan harga yang sungguh murah dan berpatutan. Sebagai contoh dengan BaitulBytes anda akan dapat ‘standard’ webhosting package ‘S-Afnan’ dengan harga RM60 Setahun ia termasuklah 1GB ruang hosting, 20GB ruang bandwidth serta fungsi biasa tanpa had seperti akaun email, akaun FTP, akaun domain, database dan banyak lagi.

Alhamdulillah, setakat ini saya dah melanggan webhosting ‘S-Afnan’ dari awal tahun 2009. Setakat ini alhamdulillah service mereka memuaskan. Bab support mereka tahap sederhana, tidak terlalu cepat tidak terlalu lambat. Bagi penulis pakej hosting mereka setakat ini amat murah, jadi kepada sesiapa yang ingin membuat blog menggunakan hosting dan domain name sendiri cepat melanggan.. sementara harga webhosting mereka masih murah! saya recommend BaitulBytes.

Dalam hal ini penulis akan serbu webhosting yang support yang pantas, paling lama dalam masa 24jam, kalau bab harga tak pandang sangat, ia bergantung pada space yang ditawarkan juga berapa dia bagi email domain dan lain-lain. Oh ya, baru-baru ni BaitulBytes baru tukar server baru, laju je ok.. harap akan berkurangan masalah selepas ni. =)

About the author

nikhanz

Hai, saya Nik. Terima kasih kerana layari blog saya! Ikuti saya di laman sosial terpilih.

View all posts

6 Comments

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.