Webhosting, mahal tak mahu, murah di hina

Di Malaysia secara umumnya lumrah manusia  jika ingin membeli sesuatu barangan sudah semestinya mahukan yang murah .. kalau boleh percuma lagi di mahukan. “Inilah realiti bukan fantasi”. Inilah sikap segelintir orang Islam di Malaysia .. apabila ingin membeli sesuatu barangan.

Apa yang mahu saya ketengahkan di sini adalah .. sikap pemilihan apabila ingin membeli pakej webhosting untuk laman web mereka pun terlalu cerewet sehinggakan kecerewetan mereka itu memakan diri mereka sendiri .. dan saya berpendapat .. “Mahal tak mahu, Murah di hina“.

Jadi apa kaitan dengan “mahal tak mahu, murah di hina” ini? .. Ia bermaksud apabila kita jumpa pakej hosting yang harga ‘premium’ .. sebagai contoh ber spesifikasi sebegini .. 1Gb Space/20Gb Bandwidth dan beberapa keperluan asas yang lain seperti database, email, ftp semua dengan harga RM95 setahun dan ia tidak termasuk domain percuma. Ada di kalangan kita cakap “mahalnya!”, “tak cukup budget lah!”, “bagilah murah sikit!” .. dan kepelbagaian aneka perkataan lagi. Ok .. yang tadi penerangan bagi pendapat saya yang “Mahal tak mahu“.

Sebagai contoh kita jumpa pakej hosting yang menawarkan spesifikasi sama juga .. 1Gb Space/20Gb Bandwidth dan beberapa keperluan asas yang lain seperti database, email, ftp semua dengan harga RM35 setahun dan ia tidak termasuk domain percuma. Ada di kalangan kita mengeluarkan pelbagai persepsi terhadap pakej sebegini, ada yang suka dan ada yang tidak .. jadi ada pro dan contra di sini. Bagi yang pelanggan yang jenis panas baran atau lebih dikenali sebagai cerewet .. kebanyakan mereka suka dengan kemurahan yang di tawarkan .. namun apabila bantuan pelanggan lambat memberi respon mereka naik angin, mulai nak marah dan bermacam-macam lagilah .. ada juga yang keterlaluan minta refund terus. Ok .. yang tadi penerangan bagi pendapat saya yang “Murah di hina“.

Sebenarnya kumpulan pelanggan “Murah di hina” ini dalam bilangan yang kecil .. namun saya perlu tekankan di sini.

Adakah kamu terfikir .. RM35 setahun itu mampu untuk menyara server yang di bayar secara BULANAN yang kos sekitar hampir RM1K atau RM1000 sebulan ?

Adakah kamu terfikir .. RM35 setahun itu mampu membayar bill elektrik, internet, air kami yang perlu di bayaran secara bulanan ?

Adakah kamu terfikir .. RM35 setahun itu mampu menyara kehidupan seharian staf-staf  jurutera server, staff bantuan pelanggan, staff programming ?

Adakah kamu terfikir .. RM35 setahun itu mampu di berikan gaji yang mahal kepada staff jurutera server, staff bantuan pelanggan, staff programming ? Sedangkan bahagian programming, jurutera server merupakan bahagian yang paling sukar dan rumit dan bukan semua orang boleh buat .. dan gajinya amatlah mahal RM1 – 3K atau RM1000 – 3000 ribu sebulan.

Penerangan:

Mahal tak mahu: Oleh kerana pakej menawarkan harga yang ‘premium’, kebanyakan mereka tidak melanggan pakej ini kerana terlalu mahal kata mereka. Sedangkan inilah harga yang berpatutan dengan bantuan pelanggan yang di berikan kepada mereka.

Murah di hina: Oleh kerana pakej yang di tawarkan agak murah, bantuan pelanggan sudah pasti tidak seperti di harapkan, kerana tidak cukup staff bantuan pelanggan untuk di berikan gaji. Dan ada di kalangan mereka, memaki hamun .. mengata server sentiasa ‘down’, bantuan pelanggan perlahan .. dan macam-macam lagi. Nak buat macam mana? Kamu dapat apa yang kamu bayar!

Nota:

Artikel ini di post sekadar untuk menyedarkan orang luar mengenai perkhidmatan hosting melalui harga yang ditawarkan. Agar mereka terus menyokong hosting yang menawarkan harga berpatutan, tidak terlalu murah dan mahal.

Author: nikhanz

Hai, saya Nik. Terima kasih kerana layari blog saya! Ikuti saya di laman sosial terpilih.

8 thoughts on “Webhosting, mahal tak mahu, murah di hina”

  1. Kaspersky tidak sebaik “iklannya” 😉 Banyak “false” detection. Dan masalah paling utama adalah jumlah RAM yang digunakan terlalu tinggi. Saya lebih suka Avira versi Internet Security Suite 🙂

    Saya cakap berdasarkan pengalaman saya mengendalikan komputer-komputer yang dihantar untuk tujuan baik pulih kepada saya dan tidak berdasarkan Iklan di Majalah-majalah PC

  2. Ya LoL~!
    Kaspersky terbukti lebih baik!
    Bru2 nie Lee Chong Wei jadi duta Kaspersky Malaysia.. Kalau harga lesen dia turun takpe la jugak, sedih sbb harga tak turun tp gembira sbb rakyat MY jadi duta produk negara luar.
    (>.<)v

  3. bukti?… pakai AV ape? Avira? .. ha3
    Sy gune KIS2010 Malwarebytes Anti MAlware Full Edition = so far ok je…
    kalu betul ada dh lame kne block dgn Malwarebytes tu~

    Check dulu betul2, kaji tgk berpunca dri mana.. -peace-

  4. ntah2 pc ko dah bersarang virus, tuduh web lak, isk2. tu la salah sendiri taknak ngaku. g mati jauh2 kondem lak.
    – pakai la Kaspersky~!
    Wajakaka!!

  5. aku perasan web web baitulbytes ni banyak malrware betullah. site ni pun ada. tak caye pegi la baitulbytes.com.my. site tu pun ada malware. penat wei klik pangkah2 deny akses virus nih. adeih..

  6. Betul ape yg diperkatakan, tak adenye servis webhosting “terbaik” , mesti ada jugak masalah yg akan berlaku.. bile Mahal org akan Cop service Bagus, bile Murah org Cop cap Ayam je kot… Sy mmg pengguna BB Network, ade 2 hosting, Sangat berpuas hati, walaupon kadang2 tu prob ( staf kat sana setel sekejap jer).. Mcm kwn sy nk nampak “hebat” ambik hosting luar negara, harga pon $$$.. Servis kurang, agak kerap “down” dan tak mampu nk bayar… hu3

    p/s: Jgn pandang rendah webhosting Malaysia, Murah tak bererti “hampeh” 🙂

  7. Ya, betul tu. Pelanggan asyik nak murah je, byr murah pastu mengharapkan servis yg terbaik. Cuba berada di pihak penjual pula, susah la dia orang nak business .

  8. Salam, pendapat peribadi saya. Sebagai provider sesebuah webhosting, sepatutnya anda profesional. ‘Customer always right’

    Sekiranya layanan diberikan berdasarkan bayaran, maka tunggulah masanya pelanggan sesebuah organisasi atau syarikat akan lari.

    Ini dinamakan ‘double standard’. Mentang-mentanglah bayaran ciput. Maka servis out.

    Provider kena ingat, tanpa customer… siapalah anda. Sekiranya anda tidak mampu untuk memberikan servis terbaik dengan harga yang murah, mengapa ditawarkan sebegitu?

    It’ all about money?

Leave a Reply