Webhosting bermasalah salah siapa?

webhosting

Semenjak baru-baru ini saya lihat memang banyak benarlah komplain server sana down dan server sini down. Dalam hal ini kalau berlaku pada Blogger gang agak-agak macam mana korang rasa? saya dulu pernah mengalami benda yang sama masa guna server US. Macam-macam masalah yang saya dapat, antaranya server down.. server tak serasi dengan blog wordpress sebab tak boleh upload gambar..suroh CMOD sana dan sini padahal benda tu tiada kaitan. Korang CMOD lah berapa puluh kali pun takkan jadi. Sebab benda tu semua punca dari setting pada server mereka.

p/s: pssstt kalau nak server mesra wordpress contact la saya yer..

Ok.. pada perspektif saya pula bagaimana agaknya ya? Macam ni, ada beberapa kedai webhosting yang suka dan sedang mempromosi sekarang ni saya lihat ada yang buat promosi harga murah dan dapat Space dan Bandwidth banyak.. ini termasuklah addon domain subdomain MySQL database Parked domain dengan harga yang amatlah murah.. Murah sungguh.. memang dorang ni sememangnya pemurah.. alhamdulillah bagus tu.

Namun disebalik kemurahan mereka ini rupa-rupanya korang tak tahu bahawasanya mereka ini melakukan overselling yang cukup untuk menjejaskan prestasi server. Kenapa? Yelah contohnya mereka jual 20GB Space dengan harga Rm90 setahun. Namanya overselling la tuh. Cuba kira standard HDD pada server ada 500GB.. Dan 20GB korang nak simpan apa dalam tu? Kalau hanya nak buat blog peribadi macam blog ni 1 – 2GB dah okey.. Tak guna banyak mana pun. Sekarang ni pun saya hanya guna 140 lebih MB baru daripada 1GB space. Banyak lagi FREE bukan? Lagipun space banyak buat apa? kalau selebihnya tidak digunapakai? Bukankah itu namanya membazir…ish3.. tak baik membazir tau.. tak baik. Kalaulah anak yatim kita boleh sedekat space hosting tak apa juga ye tak? Boleh buat amal jariah.

Adakah korang terfikir kenapa hosting baru nak hidup dah jual hosting mereka dengan harga yang amat murah sedangkan kos nak maintanance bayar server bukan murah. Paling murah pun Rm800 sebulan. Agak-agaknyalah kenapa yer? saya nak ajak awak semua berfikir kenapa? Dannnnnn… jawapannya mungkin kerana inginkan duit cepat. Jual dengan harga yang murah sure cepat masuk duit. Sedangkan 20GB entah bila boleh penuh. Kecuali korang semua ada simpan file untuk di share dengan member-member lain. Dan kalau jual secara overselling, jual space dan bandwidth dengan harga yang murah..surelah orang akan langgar TOS. Sebab mereka tidak menghargai sangat hosting yang tak ada nilai ni. Mereka akan sayang pada hosting mereka apabila harganya mahal sure serasi dengan tawaran yang ada pada pakejlah kan.

Bab support pula ni no komen, kadang-kadang mereka ni buat partime hosting, thats why lambat (barangkali). Tapi sudut ni kita tak boleh padang negative sangat, tapikan kalau benda dah acapkali terjadi kena marah la sikitkan. Diampun ada hadnya jugak ye tidak? Kita sebagai pelanggan ada hak masing-masing. Tapi kalau hosting yang korang langgan tu harga murah dan dapat space besar tu salah korang jugak support slow. Bagi saya hosting yang diatas tu 20GB boleh jadi dekat RM400 lebih setahun. Dengan harga ni sure korang dapat support superb dan berbaloi padan lah dengan harga dan support yang pantas.

Ramai orang kata Netkl bagus kenapa agaknya ya?

saya ada buat tinjauan pada netkl, pakej dia semua saiz kecil-kecil harga mahal sedikit la. Then support mereka laju (kata pelanggan tegar). Lihatlah pada pakej dia.. baru korang tahu. Orang putih kata “your get what your pay for”. Korang bayar harga sekian-sekian, setakat itu sahajalah layanan yang korang dapat…betul tidak? Harga murah mana ada dapat support superb?

Belum tengok US punya lagi. Mereka punya shared hosting jarang sangat ada Yearly payment. Kebanyakan Monthly payment, namun ramai yang langgan jugakan? Apa sebab? Kerana mereka inginkan kualiti.. bukan kuantiti. Ada juga dia ada buat bayaran tambahan untuk bagi service lepas jualan, tambah berapa-berapa korang dapat support tahap VIP. Di US macam-macam ada.. memang bestlah macam ni. Kalau buat di Malaysia agak-agak langsung tak laku harga mahal-mahal kecuali yang dah lama dalam perniagaan ni. Sebab metaliti orang Melayu kita semua nak murah.. hah!! dapat je lah setakat yang korang bayar.

Saya rasa setakat inilah perkongsian hari ni… letih jadi menaip eh.. ok lah nak masuk tido.. wallahu a’lam..

Author: nikhanz

Hai, saya Nik. Terima kasih kerana layari blog saya! Ikuti saya di laman sosial terpilih.

11 thoughts on “Webhosting bermasalah salah siapa?”

  1. ni mesti rentetan masalah loq kan?
    apa2 pon..net kl atau datakl lebih bagus?harap bro boleh selidik
    terima kasih

    1. ni daripada masalah orang ramai tentang hosting. Netkl tu orang Cina owner dia, thats why service bagus. Datakl tak sure.. Rata2 kalau Cina owner dia mmg bagusla.. nway kalau loq nak tuka guna BaitulBytes boleh gak sbb dorang guna server sendiri. Boleh cuba if nak.. asalkan takde benda yang tak elok mcm segelintir blog lain. Ada restriction untuk keberkatan, coz mereka islamik 🙂

  2. ramai org komplen susah/lambat nk buka blog aku ada kah seb webhosting atau blog aku dah berat..tp xde la byk mana pun aku isi dalm blog aku tuh pelik2 tlg jwb ek..

  3. Salam.. nape berat sangat nak load ni.. huhu..

    Ape2pun part yg overselling tu mmg paling saye bri perhatian..

    Kat M’sia ni ade la jugak co.hosting yg jnis jual murah tahap cipan then support mcm bangang..

    1. Wa’alaikum salam.
      berat mcm mana tu abe?
      tak boleh lari dah hosting yg bermasalah.. “jadikan hari ni lebih baik dr smlm”.

    1. sporting yer penyelia hosting beliamuda tu.. siap syorkan..
      nway if berminat nak tukar bgtau nikuve je, mana tau dpt offer 😀

  4. ape kate bro buat ulasan penuh untuk hosting nih…
    macam yg bro terangkan overselling tuh bermint sy baca…
    tulis pnduan memilih hosting terbaik ke ape ke…

    bleh aku ni wat pnduan..sbb nk tukar hosting nnt…ho3

Leave a Reply