Walaupun berjauhan kita kekal sahabat dunia akhirat

SahabatHari ini merupakan pertengahan pada tahun 2005 PMR di SMK Taman Jasmin 2 Kajang Prima. Pada tahun ini aku merupakan tahun akhir aku berada pada sekolah ini memandangkan, keluarga aku akan berpindah ke Nilai, Negeri Sembilan. Jika diikutkan aku tak mahu langsung berpindah dan terasa berat dihati kerana banyak kenangan manis aku pada sekolah ini.

“Hoi Nik!, apa yang kau termenung tu?”. “Kau ni semenjak nak dekat PMR ni kau semakin bergelamun”, kata Elham. “Aku bukan apa, nanti lepas PMR ni aku akan pindah ke Negeri Sembilan dengan keluarga aku”. “Hoih, kau nak jual kain ke disana?”, si Elham menyindir. Telinga aku masa tu punya la panas, dah la fikiran aku tengah berserabut takut kehilangan seorang sahabat perempuan ni, boleh dikatakan ‘one in million’ susahnya nak dapat orang macam dia ni.

“Alahai apa yang kau bimbang sangat, nanti kau datang la tiap-tiap bulan di Kajang berlipat ni takkan la kau tak kenal jalan punya, nak seribu daya tak nak seribu dalih…”, “Elleh yang kau bimbangkan sangat tu pasal apa inche Nik oi!!”. “Ni mesti kes dalam hati ada cinta!!”. “Eh..eh..eh.. banyak lah engkau cinta, aku hanya tak mahu kehilangan kawan je la”.

Selang beberapa bulan kami menghadapi peperiksaan PMR, namun walaupun aku masih belum berpindah aku terasa jauh dengannya maklumlah aku ni tak rapat dengan mereka kerana mempunyai sifat pemalu yang amat tinggi.. “Dalam hati masih berbisik, macam mana agaknya akan berlaku setelah aku tinggalkan sekolah ini?”..

Sekarang 4 tahun sudah berlalu, masa berlalu bagaikan sekali nafas dihembuskan. Jika ribut yang melanda maka secepat itulah tanah mempunyai bukit bukau ranap dengan sekelip mata. Sebahagian dari mereka kini sudah banyak berubah, termasuklah teman aku dimana kami acapkali bergelak ketawa, dimana ada dia, disitulah ada aku. Namun masa bergerak dengan begitu pantas, jika dunia ini boleh di undurkan kembali alhamdulillah, namun apakah dayaku. Masing-masing membawa identiti tersendiri. Sehinggakan teman sendiri tidak mengaku, alangkah sedih, kecewa dan terkilan dek peredaran masa yang menentukan segalanya. Hanya iman dan taqwa akan mendidik jiwa, jika tidak punah segalanya…

~ Insan kesedihan – Nik~

~ Ex-SMK Taman Jasmin 2 – 3 Amanah (2005) ~

Author: nikhanz

Hai, saya Nik. Terima kasih kerana layari blog saya! Ikuti saya di laman sosial terpilih.

4 thoughts on “Walaupun berjauhan kita kekal sahabat dunia akhirat”

Leave a Reply