Usaha dan impian

Kini cuti semester sudah bermula. Saat ini yang paling aku nantikan setelah sekian lama aku menanti. Bila tunggu bilalah nak bercuti, aku yang paling exited. Tapi bila cuti sedang dinikmati aku dah tidak tahu nak buat apa. Haha O_O

Oh? Teringat aku tentang impian. Teringat lelaki itu dengan seseorang istimewa. Oh siapa ye? Kali ini aura penyampaiannya sedikit berbeza yang membuat lelaki itu tergamam. Tiba-tiba lelaki itu melihat dia memainkan perbualan tentang perkahwinan. Um? (serius)

Dalam diam lelaki itu tergamam. *dalam hati* Dia sudah ada calon suami. Namun si lelaki ini merasa kebingungan kerana dalam penyampaian itu terdapat beberapa kata kunci yang seperti ada kaitan dengan diri si lelaki tu.

*dalam hati* Lelaki tu berkata. Ah? Mungkin dia maksudkan orang lain.. kerana ciri-ciri tersebut mungkin ada persamaan. Lagipula si lelaki tu walaupun berkawan dengan dia sudah lama namun agak sukar untuk bertemu titik pertemuan yang selesa. Si lelaki berfikir. “Ah? Mana mungkin itu aku, diri aku ini siapa pada dirinya. Ya, bukan aku. Diri aku tidak layak untuk dirinya“.

Dalam dunia ni, hanya lelaki yang bodoh sahaja yang membiarkan masa berlalu bergitu sahaja. Meskipun si dia yang dimaksudkan itu sudah lama si lelaki ini ternanti-nanti. Oh jangan kau ingat akan dapat dia semudah itu!

Mulai sekarang lelaki tu kena berusaha bersungguh-sungguh. Kurangkan masa bersuka ria! Fikir masa depan, selagi masa masih ada jangan lepaskan peluang! Nanti orang lain kebas, tak ke nanya nanti? Lelaki tu kata. Oh? Aku tidak sanggup.. Apa yang penting berusaha dahulu sehabis baik. Kalau dah berusaha tapi tak dapat tu nak buat masa mana kan? Usaha itu mesti ada!

Tapi itulah, takdir Allah siapa yang tahu? Orang kata jika jodoh tidak akan kemana pun. Janji kasih dan sayang itu berdasarkan kerana Allah subhanawata’ala..

Author: nikhanz

Hai, saya Nik. Terima kasih kerana layari blog saya! Ikuti saya di laman sosial terpilih.

Leave a Reply