Upgrade Nokia N8 dengan Symbian Belle

Menurut sumber rasmi Nokia, kemungkinan Symbian Belle akan dilancarkan pada bulan Februari ini- tidak pasti pada awal bulan atau akhir bulan. Pelancaran itu pula seperti biasa, akan menyusur secara berperingkat seperti kebiasaannya. Jadi ini menyebabkan pengguna Nokia N8 tidak sabar menunggu untuk merasai sendiri Symbian Belle.

Oleh itu tujuan saya menulis hari ini, adalah untuk kongsi firmware Symbian Belle yang tidak rasmi -bukan official punya, unofficial tapi boleh diguna pakai tanpa sebarang masalah. Saya sendiri yang menggunakan sudah hampir 3 bulan, dan tiada masalah langsung dan saya selesa menggunakannya berbanding dengan Symbian Anna yang hitam legam dan tidak catch eyes langsung -bagi saya.

Anda boleh cuba firmware ini dan anda perlu tanggung sendiri sekiranya berlaku masalah selepas anda menggunakan firmware ini pada Nokia N8 anda.


Sebelum memulakan tindakan, anda dinasihatkan supaya baca sampai habis dan faham sebelum melakukan pengubahsuaian terhadap Nokia N8 kesayangan anda.

Langkah-langkahnya adalah seperti berikut;

– copy semua symbian anna punya file dan paste pada (C:\Program Files\Nokia\Phoenix\Products\RM-596\059D1F9).

– copy semua symbian belle punya file yang anda download dari halaman ini, paste pada desktop anda. Open Phoenix pergi ke file – open product – choice of firmware kemudian – okey – flashing – firmware update – pilih product code – browse – kemudian pilih jenis firmware – okey – kemudian cek dead usb flash mode – klik option – ganti file Anna dengan Belle yang anda save pada desktop.

Perhatian: Jangan lupa untuk delete file yang anda tidak gantikan dengan Belle. Patutnya hanya ada 4 file lepas anda gantikan tadi. Kemudian teruskan klik – okey – dan flash!

Links : symbian belle
1- [download]   –  core
2- [download]  –  rofs3 And Uda
3- [download]  –  rofs2

Software
1- [download] Phoenix
2- [download] Navifirm

Note: Download dahulu semua file diatas, lepas tu baru mulakan operasi tukar firmware. Jika ada soalan, sila tinggalkan soalan di ruang COMMENT dibawah.

Author: nikhanz

Hai, saya Nik. Terima kasih kerana layari blog saya! Ikuti saya di laman sosial terpilih.

Leave a Reply