[Update] Tolong jangan guna fotopages.com!

laman-web-israel

(1 March 2009)

fotopages_march09

(6 March 2009)

Salam, penulis hari ini ingin menulis mengenai weblog gambar yang popular dikalangan rakyat Malaysia hari ini. Tujuan penulis mendedahkan siapa sebenar pemilik weblog gambar fotopages.com ini adalah bukan semata-mata ingin menjejaskan reputasi perniagaan kita orang Malaysia.

Penulis tahu ramai rakyat Malaysia hari ini menggunakan weblog Fotopages sebagai wadah untuk menjalankan perniagaan secara online. Terutama bagi mereka yang baru memulakan perniagaan secara online. Jika dilihatkan,  jumlah pelawat dari Malaysia paling tinggi iaitu sebanyak 38.3 peratus (1 March 2009) berbanding negara-negara lain menggunakan fotopages.com ini bagi memuatkan gambar-gambar produk mereka untuk ditunjukkan pada pelanggan mereka secara online. Berikut adalah peratus negara yang paling banyak memasuki laman fotopages.com ini.

  • Malaysia – 38.3% naik kepada 39.4% (semasa post ini di tulis)
  • Brazil – 17.3% turun kepada 16.8% (semasa post ini di tulis)
  • Indonesia – 6.5% kekal (semasa post ini ditulis)
  • Iran – 6.3% turun kepada 6.2% (semasa post ini ditulis)
  • United States – 5.4% turun kepada 5.2% (semasa post ini ditulis)
  • India – 2.9% naik ke 3% (semasa post ini ditulis)

Dan berikut peratus mengikut bandar..

  • Kuala Lumpur 13.6%
  • Petaling Jaya 3.6%
  • Johor Bahru 2%
  • Jakarta 3.3%
  • Rio De Janeiro 2.3%
  • Tehran 2.2%

Namun pada suatu hari penulis menyelidik dimana terletaknya laman web yang sering digunakan rakyat malaysia ini, dan rupa-rupanya selama kita ketawa riang, dengan seronok mendapat hasil pendapatan dari hasil jualan daripada weblog yang dimiliki oleh negara HARAM Israel.. yang kita gunakan tanpa selidik, tanpa mengetahui siapa memilik sebenar web log ini. Jika anda tidak percaya, anda boleh semak sendiri dengan menggunakan perkhidmatan “whois domain”. Salah satunya whois.domaintools.com. web ini akan memberikan lebih details mengenai domain yang anda bakal whois. Diakhir kata, penulis menyeru rakyat Malaysia agar mencari alternatif lain dan berhentilah menggunakan Fotopages.com sebaik anda membaca post ini.

Author: nikhanz

Hai, saya Nik. Terima kasih kerana layari blog saya! Ikuti saya di laman sosial terpilih.

3 thoughts on “[Update] Tolong jangan guna fotopages.com!”

    1. Nikube dulu pernah regis juga.. tapi guna dalam 2-3 hari jer.. pastu lama tak bukak….
      dan baru-baru ni try la whois… jeng3.. Israel punya web rupanya.. dalam tu banyak betul Adsense..
      kalau masuk page dia pun di kira menyumbang… ish3..

Leave a Reply