Ulang Tahun Kelahiran ke-18

Assalamualaikum semua.. alhamdulillah awal Oktober lepas merupakan ulang tahun ke 18 aku. Aku bercadang ingin memulakan azam baru sebagai seorang insan yang digelar hamba Allah s.w.t. Hidup aku sebelum ini sentiasa membazirkan masa dengan perkara yang tidak berfaedah. Antaranya gemar tidur, main internet, chatting dengan kawan-kawan, dan mendengar lagu (tapi jarang) hehehe. Setiap kali aku terfikir, macam mana harus aku berubah? Siapa yang akan bantu aku untuk berubah? Tapi persoalannya masih tiada jawapan.

Aku ada terfikir juga sampai bila aku akan terus begini? Awal bulan ni, umurku genap 18 tahun, dan umur ini dikira umur matang dikalangan masyarakat kini. humm.. aku mengeluh sendirian tanpa mengeluarkan cebisan jawapan. Aku sekarang ini masih belajar di Salak Tinggi dan di sebuah kampung kecil di sana. Bilangan pelajarnya tidaklah ramai, boleh dikatakan kurang 10 orang pelajar, tidak kira umur dan tidak kira warna kulit. Aku berasa gembira sebenarnya belajar dengan ustaz dan ustazah disana kerana suasana disana amat tenang sesuai untuk menuntut ilmu dunia dan akhirat.

Hari-hari aku pergi ke sana, kelas mula jam 7.00 pagi dan habis pada jam 8.00 pagi. Kira-kira hanya satu jam. Belajar disana aku dapat banyak ilmu. Antaranya aku boleh terjemah Al-Quran, faham serba sedikit isi kandungan Al-Quran, menghafaz Al-Quran, dan mengetahui serba sedikit tentang nas-nas yang terdapat pada Al-Quran itu. Tetapi malangnya aku ini mudah lupa, kadang-kadang tu apabila lepas kelas sahaja aku terus sahaja lupa.. haih naik naik geram dibuatnya. Hati berbisik.. “Kalaulah macam ni aku belajar sampai bila lah aku nak pandai” huh aku mengeluh keseorangan.  Tetapi alhamdulillah.. apabila aku imbas kembali aku mesti kurangkan tabiat aku seperti membuang masa.

Dari segi pengangkutan pula alhamdulillah kerana aku dapat membawa kereta ke kelas, itupun kerana aku baru dapat lesen “P” beberapa bulan lepas. Walaupun sepanjang pangambilan ujian dijalankan aku terasa ‘gabra’/’panik’ alhamdulillah aku hadapinya dengan tenang. Hum.. aku rasa setakat ini sahaja coretan untuk ulang tahun kelahiran semoga bertemu lagi pada masa akan datang insyaAllah.. mudah-mudahan.. 🙂




Author: nikhanz

Hai, saya Nik. Terima kasih kerana layari blog saya! Ikuti saya di laman sosial terpilih.

2 thoughts on “Ulang Tahun Kelahiran ke-18”

Leave a Reply