Tips memilih & membeli nama domain

Mungkin ramai yang tertanya-tanya bagaimana caranya untuk memilih dan membeli nama domain sendiri sama ada untuk kegunaan peribadi, perniagaan dan sebagainya. Jadi macam mana? Apa langkah awal untuk memulakannya?

Kenal pasti apakah isi kandungan yang akan kita masukkan dalam laman tersebut. Contohnya, sekiranya blog peribadi pada kebiasaannya mereka memilih untuk menggunakan nama mereka sendiri untuk domain .Com mereka.

Sebagai contoh AdlyMukhtar.Com, ini merupakan salah satu contoh domain yang menggunakan nama sebenar untuk blog peribadi mereka. Dan sudah tentu isi kandungan yang terdapat disana mengandungi penulisan peribadi dan ada kaitan dengan bidang yang diceburi oleh penulis atau pemilik blog tersebut.

Sekiranya anda ingin membeli nama domain untuk syarikat, sila pastikan domain tersebut mempunyai  ciri-ciri produk yang ingin dijual. Sebagai contoh jika anda ingin menjual produk seperti nama domain serta webhosting sudah tentu ia berbunyi begini, BaitulBytes.Com dan sebagainya. Sekiranya anda merupakan pemilik butik pakaian muslimah domain akan berbunyi begini, BusanaMuslimah.Com, MuslimahAnggun.Com dan sebagainya.

Ada juga yang membeli domain mengikut apa yang diminatinya, hobi semasanya. Sebagai contoh kawan saya sendiri, dia memang suka dan gemar dengan animasi jepun, atau mangga. Oleh itu beliau membeli domain Aoryinvention.Com sebagai nama domainnya. Dalamnya terdapat kandungan yang berkaitan dengan Anime, Mangga Jepun.

Secara ringkasnya, sebelum membuat pembelian nama domain, sila pastikan dahulu apa produk yang bakal dijual bagi mengelakkan daripada tersilap! Oh ya! Elakkan juga daripada kerap menukar domain akibat daripada sikap was-was dan merasakan ia tidak serasi!

Melalui nama domain juga pengunjung akan dapat kenal pasti.. “Oh! Ini blog peribadi..”, “Oh! Ini blog seorang usahawan internet!” Nama domain akan menjadi identiti kepada sesuatu apa yang terdapat disebalik nama domain tersebut.

Akhir sekali, jauhilah daripada membazirkan wang ringgit dengan hanya membeli nama domain .Com ini. Nama domain ini biasanya dapat dibeli dengan harga hanya lingkungan RM30 sehingga RM40 ringgit sahaja setahun.

Baiklah jumpa lagi!

Author: nikhanz

Hai, saya Nik. Terima kasih kerana layari blog saya! Ikuti saya di laman sosial terpilih.

2 thoughts on “Tips memilih & membeli nama domain”

  1. Terima kasih kerana sudi menggunakan web kami sebagai salah sebuah contoh anda. Sebagaimana yang disebut dalam tajuk diatas, beliau menggunakan nama “Aory Invention” sebagai nama domain bagi web itu adalah berkaitan dengan syarikat Aory Fleet 24 Enterprise© dimana ianya diterjemahkan kepada Aory Invention (Penemuan Aory).
    Sila pilih nama domain yang sesuai bagi sesuatu yang hendak dipaparkan dalam web atau blog anda.

Leave a Reply