Tips Kelihatan Kaya Duit (Edisi Pelajar)

Sering kita menjadi buah mulut rakan-rakan sekeliling yang pasti akan menilai kita dari sudut materialistik sebagai contoh, driving car walaupun kereta tu bukan milik kita..tapi kita just drive je pergi college sebab family ada extra car di rumah dan family pun bagi green light, bawa jelah kan. Senang nak pergi college drive sendiri.

Apabila tiba dekat nak final exam, kan kena bayar yuran pengajian tambah lagi setiap semester kita bayar on-time dan tiada tertunggak, ada sahaja yang menjadi buah mulut rakan-rakan. Tambah lagi kalau mereka tahu kita ada business sendiri. This is not good situation actually from my experience, sebab tak best. Personally, low profile is better. Tapi yang bocorkan isu ni bukan sesiapa pun kawan rapat kita juga. Adui

Amboi. Panjang celoteh tak masuk topik lagi ni. Antara cara nak have a good saving plan adalah..selalu tanamkan dalam fikiran everyday kita spend duit untuk makan, minum transportation dan belanja harian yang lain, jangan overbudget dan ingat nak simpan je duit untuk esok. Sebab belanja harian yang perlu bab makanan, minuman, duit petrol itupun isi once a week parking dekat hostel dan drive ke college, but most of the time college ada pengangkutan sendiri, guna jelah walaupun in fact nampak skema. I know

Zaman studi ni adalah zaman belajar 99% dan 1% enjoy..kalau enjoy pun macam mana sangat just beriadah bersukan, join club koko tak termasuk acara tahunan macam feskot masa zaman saya student dulu. Tujelah rasanya, takde masa tengok wayang, karoklah bagai tu wasting time.

Point asasnya sini, perlulah menabung biarpun dalam RM2. Masih ingat lagi masa sekolah menengah. Duit belanja harian RM2 je masa tu, tupun boleh beli nasi ayam dalam RM1 kalau tak silap, air berperisa dalam RM0.50 secawan..lepastu boleh simpan RM0.50 je. Oneday terfikir dan terliur dengan henset, cantiklah.. masa tu tengok satu model Nokia ni cantik ada warna-warni, jadi tak minta dengan family pun.. terus tanam azam collect duit belanja sanggup tahan lapar dan bawa bekal roti gardenia kosong makan masa rehat. Sampai member pun sindir..dah la kurus keding.. makan roti kosong sekeping pula tu. Funny

Tapi, gelak-gelak jugak.. akhirnya pada akhir tahun dapat beli henset pertama guna duit sendiri, walaupun set second hand dan set AP.. dapat jugaklah henset idaman tu.. masa ni rasa mewah dah ni dapat henset. Sangat ohsem

Itu kisah zaman sekolah. Tapi konsep sama lah, kalau dapat gaji bulanan tu rajin rajinlah simpan dalam personal banking, sebab kalau pegang tangan confirm habis punya, kalau nak guna tu withdraw jumlah tertentu je, jangan semua. Ye kann? Ni jelah cara yang saya sendiri buat. Penting hoi saving zaman ekonomi tak menentu sekarang. So, take care

Itu sahaja buat masa ini.

Semoga jumpa lagi.

Bye.

Author: nikhanz

Hai, saya Nik. Terima kasih kerana layari blog saya! Ikuti saya di laman sosial terpilih.

Leave a Reply