Teringin mempelajari Martial Arts Taekwondo

Keinginan untuk mempelajari Martial Arts Taekwondo amatlah sederhana dalam 70 peratus. Hasrat saya untuk memasuki kelas taekwondo sudah lama semenjak 5 tahun yang lalu, yaitu semenjak saya di bangku sekolah lagi. Namun sampai sekarang (sudah masuk kolej) tidak tercapai lagi hasrat saya ini (Aduh!).

Selalu juga memerhati kawan-kawan yang sudah masuk Taekwondo ini, terasa agak seronok juga menjadi pemerhati. Akan tetapi sudah pasti bertambah lagi keseronokkan itu jika saya sendiri dapat menyertai, mempelajari sendiri Taekwondo ini (Oh!)

Diri saya memerlukan tahap keyakinan, keberanian yang optimum dalam membuat sesuatu perkara, salah satunya sudah pasti KEYAKINAN & KEBERANIAN. Keyakinan & keberanian amat di perlukan sekiranya ingin membuat sesuatu yang mencabar dalam kehidupan, dan saya beranggapan untuk meningkatkan tahap keyakinan dalam diri salah satunya menyertai dan mempelajari Martial Arts Taekwondo (Yeah!)

Minat untuk berlawan dengan seseorang juga amat tinggi. Ya! Saya amat teringin berlawan dengan seseorang namun bukan bertumbuk sesuka hati, akan tetapi mencuba apa yang saya pelajari. Saya suka benda yang mencabar (Yes!).

Semasa waktu lapang saya merupakan penggemar ‘movies’ lawan-lawan atau bergenre aksi, iaitu cerita yang mengandungi Martial Arts seperti ‘Karate Kid’, ‘IP Man’, ‘Ongbak’, ‘Ranging Phoenix’ dan banyak lagi movies Martial Arts, movies ini juga ada dalam koleksi saya (Yup!).

Puas bertanya di merata-rata tempat namun tiada jawapan yang memuaskan hati, saya pernah bertanya pada kawan-kawan, di laman sosial facebook namun saya tidak dapat apa yang di mahukan. Susahnya nak belajar Martial Arts Taekwondo ini (Aduhai!).

Sekarang usia saya sudah 20 tahun (mengikut tahun), jika mengikut tarikh lahir lambat lagi. Rasa macam sudah terlambat untuk belajar Taekwondo (Tidak!).

Akhir sekali, sehingga sekarang saya masih mempunyai hasrat ini. Namun masih tidak dapat hubungi mana-mana pihak yang boleh membantu saya ingin belajar Martial Arts Taekwondo ini, saya tinggal sekitar Kajang, Selangor dan Nilai, Negeri Sembilan. Jika sesiapa tahu, tolong ya (Help!).

Author: nikhanz

Hai, saya Nik. Terima kasih kerana layari blog saya! Ikuti saya di laman sosial terpilih.

10 thoughts on “Teringin mempelajari Martial Arts Taekwondo”

  1. Hai sya muhammad hadi.sya tinggal di bukit tinggi klang.saya ingin belajar teakwando.tapi kat mana tmpt nk bljr yg berdekatan ya? Saya tinggal kan no hpon sya.dan whatsapp sya je.0173053465

  2. usia bukan penghalang…”di mana ada kemahuan…di situ ada jalan”…“No matter how many people believe or don’t believe in U, U must be the ultimate believer in yourself!” …go…go…”fighting!!!”

    1. Hai Maria,

      terima kasih diatas kata semangat awak, siapa lagi boleh meyakinkan diri sendiri melainkan kita sendiri.

  3. salam .. sy tgah lagi blaja tkd .. sy org selangor tpi skrg smbung stdy kat uitm machang .. dulu bhenti mse skolah . skrg dah due sem sye amek martial tkwndo gtf ni .. dah msuk ni, satu mslah sy .. sy lemah sparring . ye ! itulah kekurangan sye .. hehehe .. (tak minat gaduh2 ni tapi trpakse suke sbab sy nakkan keberanian .. tpi ! arrgghhh !! tension lagi ade lah .. hahahaha

    pnjg sy mbebel .. hahhaa

    1. Naurah, wah baguslah sebab masuk taekwondo. ramai yang masuk untuk tingkatkan keberanian dalam diri. Eh, kenapa tension? mestilah gembira sebab masukkan Naurah?

      1. walaupun usia dah semakin naik…tak semestinye dah tak sempat utk blajar…bole lagi tue…yg penting niat…kan seni taekwondo tue bukan hanya utk golongan remaja dan kanak2…tp utk belia juga…kat malaysia nie…ader brlambak tempat blajar taekwondo…pegi ler tanye kat mana2…usaha tangga kejayaan…”fighting”!!!

  4. ahha
    aku dh join kowt taekwondo
    merah dua sudah
    tp dh lama stop r
    lepas abes sekolah
    xde blaja lg
    sedey kowt
    kalaw masuk exam lg sekali
    dh dpt hitam dh…

Leave a Reply