Terdapat keraguan pada widget Islamic Al-Habib.info

al-habibinfo_1

Tahukah anda mengenai wiget flash Al-Habib dari laman webnya Al-Habib.info? Anda pasti kehairanan kerana saya bertanyakan soalan sebegini pada anda. Kerana pada hati saya terdapat rasa tidak senang dengan widget percuma yang terdapat disana. Jika dilihatkan pada blog sahabat-sahabat kita terutamanya pada blogger atau blogspot ramai penggunanya dari kalangan orang baik-baik terutama yang sokong web-web Islamik ini pasti akan ada.

Saya disini bukan ingin memburuk-burukkan widget Islamik yang boleh didapati secara percuma di Al-Habib.info. Saya bukan memboikot benda yang dinamakan percuma, namun apa yang saya ingin tekankan disini.. Adakah anda semua tahu ada apa disebalik widget Al-Habib ini? Jika saya kata disebalik embed kod yang terdapat pada widget tersebut bertujuan untuk meletakkannya pada blog mempunyai benda yang bersangkut paut dengan negara Israel adakah anda akan percaya? Ya inilah kebenaran yang saya ingin beritahu pada sahabat-sahabat semua. Namun menulis artikel yang kosong tanpa sebarang bukti yang kukuh masakan ada orang yang akan percaya? Ya dalam dunia ni apa-apa hujah yang buat sekalipun mesti besertakan bukti bukan? Ok mari saya mengajak anda melihat bukti-bukti yang kukuh.

Ok bermula sekarang sila membaca dengan teliti apa yang saya ingin katakan. Jangan hanya melihat sebelah mata.

Jika anda lihat embed kod widget Asmaul Husna, 99 Beautiful Names of Allah anda akan lihat embed kod seperti ini.

gigyacom_3

Cuba lihat gambar diatas (Klik untuk besarkan). Anda ada nampak apa-apa url diatas? Tidak perasan apa-apa yang pelik bukan? Ok mari kita lihat dibawah pula..

gigyacom_4

Anda nampak url yang telah di Highlightkan tu? (klik gambar untuk besarkan). Pada gambar diatas anda akan lihat url http://counters.gigya.com ada apa pada url ini agaknya?

Laman web Gigya.com merupakan laman sesawang widget service terbesar di web. Apa servicenya? Web ini hos benda yang berkaitan dengan widget seperti widget yang kita embedkan pada Myspace, Friendster dan sebagainya. Fungsinya dia tracking, membuat widget brading, iklan widget.

Namun menimbulkan persoalan. Ada apakah disebalik laman Gigya.com ini?

Mari kita lihat bersama-sama..

……..

…………..

……………………..

…………………………………

Ini merupakan maklumat mengenai web Gigya.com setelah domain ini di WHOIS.

gigyacom_1

Lihat pada gambar diatas anda akan lihat informasi mengenai web Gigya.com ini (Klik gambar untuk besarkan). Untuk gambar dibawah pula menunjukkan ia jelas dihoskan di Negara Israel. Cuba perhatikan betul-betul…

gigyacom_2

Apa yang anda nampak pada gambar diatas? (Klik gambar untuk besarkan). Bukankah anda mendapati ada bendera Israel pada IP Location?

Ni pulak gambar majoriti datang dari mana. Kebanyakannya datang daripada web sosial network.

gigyacom_5

Gambar diatas di ‘print screen’ daripada Alexa.com. Akhir sekali.. apa keputusan anda selepas ini? adakah terus membuang atau “alah itukan Islamik widget.. takpelah kot”!! Namun bagi saya, jangan menghalalkan benda yang ada kaitan dengan Israel..

Author: nikhanz

Hai, saya Nik. Terima kasih kerana layari blog saya! Ikuti saya di laman sosial terpilih.

24 thoughts on “Terdapat keraguan pada widget Islamic Al-Habib.info”

  1. Assalamu’alaikum..Saudara,sblm ini saya ada m’gunakan calendar widget drp Al-Habib..Tp slps saya t’baca mengenai artikel dr Al-Habib yg bertajuk”Mengkaji Ulang Gambar-gambar Yang Dianggap sebagai Bukti Kebesaran Allah”,saya rasa’x sedap hati’& ragu2 tentang apa yg ditulis lantas saya tdk lagi menggunakan sebarang widget drp Al-Habib..Jika benar ada dakyah dr Israel dlm laman web Al-Habib sepatutnya widget2 tersebut jgn digunakan lg oleh Blogger2 Muslim..Boikot Israel!Allahhuakbar!

    1. Wa’alaikum Salam,
      Ini kena lihat dulu macam mana, . Kena research dahulu kesahihannya sebelum buat kesimpulan. Jika berkelapangan masa, saya akan lihat-lihat ๐Ÿ™‚

  2. Salam…Nak boikot alhabib atau gigya?

    Klu gigya, kenalah juga boikot google, microsoft, boeing dll atas alasan yg sama.

    Klu alhabib, kenapa dikorek & disebarkan keaiban/kelemahan mereka tanpa terlebih dahulu bertanya/memberitahu secara terus terang kpd pihak mereka?
    Cukuplah Allah menjaga keaiban kita.

    1. Salam.

      Ikutlah kebijaksanaan, apa kaitan Google, Microsoft dan lain2?
      Yang perlu diboikot syarikat Komputer ialah IBM. Kerana ia pelaburan Israel. *Boleh rujuk buku “Gerakan Freemansonry” by Hijjaz Publisher.

      Kita tidak mempu untuk memboikot kesemuanya. Namun Al-Habib ia menggunakan “LINKING” kepada GIGYA. Mengapa perlu bantuan GIGYA? Ada alternatif baru yakni widget dari laman web iluvislam.com.

      Tujuan penulisan artikel ini bukan berniat untuk MengAibkan laman tersebut. Ini merupakan perkongsian yang saya perolehi dari research sendiri.
      Apa gunanya ada ilmu jika tidak dikongsikan?

      Jika perkara remeh tidak mampu dilakukan, apatah lagi yg lebih berat?
      Buatlah setakat yang termampu.

      1. T/kasih di atas respon tuan.
        Bagi sy, sepatutnya kita menegur terlebih dahulu pihak Alhabib & maklumkan alternatif – kongsikan dgn mereka dulu, ataupun artikel ni sepatutnya berbunyi lebihkurang ‘Gigya – …..israel…..’.
        Cth: Adakah boleh kita menimbulkan keraguan orangramai terhadap sebuah perniagaan islam, say XYZ, kerana pekerjanya makan McD atau guna IBM?
        “Bantulah saudaramu yg menzalimi atau dizalimi”

        Boeing (memanglah tak mampu klu nak boikot) telah rasmi bhw merekalah yg bekal smartbomb kpd israel utk bom rumah2 palestin, malah utk perang iraq juga. Tapi kenapa yg bekal senjata tak masuk senarai boikot? Atau kita cuma ikut apa sj yg diwarwarkan tanpa mengkaji juga?

      1. aku pernah gak terbaca cite pasal widget ni seblum ko tulis ni..tp ilang sumber..x dan nk kongsi dgn korng sume..erm pape pun berita ni msti disebarkan pada semu pengguna widget ni yg x tau lagi

  3. huh…kalau korang nak boikot memang semua benda kat internet banyak la berkaitan dengan Si ISRAIL tu….tapi apa2 pun pendedehan ni sangat memberi info. Thankss…

    BoiKoT ISraEl…LaknatulLah…!!

Leave a Reply