Teknik Marketing, Mengejar Kekayaan Tanpa mengira Dosa dan Pahala

service_hostHari ini jika dilihatkan ramai diantara kita yang sibuk untuk menjadi IM (Internet Marketing). Saya memang teramatlah sokong, apatah lagi kalau mereka itu terdiri daripada orang Melayu kita. Kalau boleh bukan nama je Melayu, tapi Melayu Islam. InsyaAllah jika anda/anti/awak/engkau semua nak berniaga online ke, nak jadi IM ke, mahu niaga itu ke ini ke terserah namun jangan sesekali meng-SPAM serta melanggar syariat Islam. Kalau langgar perkara yang ditegah agama, tak ke mana punya. Sebab rezeki umat manusia Allah s.w.t yang berikan, bukan manusia. Ingat tu!

Pertama bab suka Spamming email, saya dah ada juga menerima email iklan dari pihak dan perniagaan tertentu iklan perfume, saya pun tak tahu mana dia dapat email saya. Acapkali juga saya menerimanya ada bulan lepas dan awal bulan ni tak silap. Namun nasihat saya itu ialah teknik Marketing yang salah, biarpun ada orang berminat namun kebanyakannya ramai yang tidak suka email mereka kena SPAM sedemikian rupa, jauhilah teknik sebegini.

Kedua, saya lihat ada segelintir forum tidak menapis banner iklan yang berada pada web/forum/blog mereka. Ada yang iklan barangan untuk orang dewasa untuk sudah kahwin. Namun perlulah diingati forum tersebut boleh dilihat oleh semua peringkat umur asalkan ada line internet dan masuk url terus boleh nampak. Iklan dia juga tidak menepati Islam sebenarnya, kerana banner mereka gambar buka aurat. Sekali dilihat, umpama anda termakan semut hati akan menjadi gelap. Apabila hati sudah menjadi gelap peratus kita untuk beribadat kepada Allah s.w.t berapa sangat?

Saya tidak pasti apa hukum sebenar meletak banner sedemikian, jika mengikut biasa hukumnya haram maksudnya berdosa. Kerana mendedahkan perkara 18 tahun, banner yang tidak menutup aurat, individu yang mendapat duit hasil pengiklanan pun samalah dapat dosa juga kerana semua berkait. Namun saya amat hairan, kenapa IM senior tidak menegur mereka ini? Masing “mu, mu, aku, aku”. Masing-masing kenalah menegur, jika tidak masing-masing jawablah di hari pembalasan kelak.

Tujuan saya menulis disini kerana saya tidak mahu berkongsi dosa dan anda semua, harap maklumlah dosa sendiri belum tentu dapat ditanggung apatah lagi nak berkongsi dosa? Ayuh bangunlah jangan mengejar dunia semata-mata kerana ia tidak akan berkekalan. Orang Melayu Islam mesti bangkin dan bebas dari perkara ini, jangan hanya Islam diluar didalam? Tepuk dada tanya iman masing-masing.  Wallahu’alam.

Author: nikhanz

Hai, saya Nik. Terima kasih kerana layari blog saya! Ikuti saya di laman sosial terpilih.

5 thoughts on “Teknik Marketing, Mengejar Kekayaan Tanpa mengira Dosa dan Pahala”

        1. Ni bukan pasal spam mereka balik.
          As die orang anta email spam kat kita.
          Dengan secara berhemahnya, kita membalas email mereka dengan mengatakan,
          “Salam, jangan lakukan spam ketika mempromosikan perniagaan anda. harap maklum” besertakan signature kita yang ada link yang cun itu. So, apa yang kita buat, tentu sekali bukan spam die orang balik.

Leave a Reply