Tanpa sokongan anda Siapalah kami

Kami di syarikat dot dot.. cuba sedaya upaya untuk meningkatkan taraf dan mutu perkhidmatan pengguna. Hampir tiap-tiap hari kami mencuba dan mencuba sehingga kini.

Akhirnya, baru hari ini kami telah mengemaskini harga pakej demi untuk menjaga kualiti perkhidmatan serta ingin mencapai mutu di dalam perkhidmatan kami.

Selain daripada mengemaskinikan harga dengan lebih (uptodate) kami telah melancarkan domain percuma pada setiap pakej ‘shared hosting’ yang amat laris. Iaitu pakej HB dan pakej Absyar.

Pakej HB sebelumnya dikenali sebagai ‘Hajar Biz’, pelan ini memang direka khas untuk sesiapa yang ingin menubuhkan laman web berbentuk E-Commerce yang dalamnya mengandungi Shopping Cart dimana para pengunjung boleh membeli barangan secara Online. Maksud ‘Biz’ adalah singkatan daripada ‘Business’ atau dalam bahasa Melayu bermaksud ‘Perniagaan’.

Kerana pakej ini mempunyai ruangan ‘Space’ serta ‘Bandwidth’ yang besar, amat sesuai untuk permulaan dan pertengahan web E-Commerce.

Berdasarkan sepanjang pemerhatian kami, kebanyakan pembeli service hosting amat gemar dan suka dengan pakej hosting termasuk ‘Free Domain Name’. Ia memang benar inilah hasil pemerhatian kami setakat ini. *angguk-angguk

Kebanyakan syarikat hosting yang popular dikalangan blogger juga turut menawarkan pakej termasuk ‘Free Domain Name’. Dan dari mata kasar saya amat laris sekali meskipun harga yang ditawarkan boleh disebut sebagai ‘Premium Price’.

Kesimpulan disini, harga bukan menjadi isu utama dalam menjual perkhidmatan ini, yang penting bantuan ‘after sales’. Oleh yang demikian juga kami telah menaikkan beberapa peratus harga dan menambah ‘Free Domain Name’ sebagai standard bagi pakej ‘Hajar Biz’ aka ‘HB’ dan juga ‘Absyar’.

Setiap perubahan dibuat juga memerlukan masa untuk pelanggan membuat pilihan dalam tempoh ‘keserasian’. Ini adalah satu cabaran buat kami *Oh!

Author: nikhanz

Hai, saya Nik. Terima kasih kerana layari blog saya! Ikuti saya di laman sosial terpilih.

Leave a Reply