Pengalaman beli Webe Mobile RM79 secara online

Order Webe Mobile secara online lebih mudah.

 

Saya order pada 23 nov 2016 pukul 9 malam.. dan hari isnin tengah hari 28 nov 2016 selamat delivery dari Line Clear Express

Ni page tracking, ambil tracking code pada halaman tempahan webe. Checking disini. Proses pickup hujung minggu.


Esoknya dalam pukul 10 pagi, saya dapat mesej dari telco Digi, buat pengesahan kebenaran untuk MNP – transfer


Pada hari yang sama, pada jam 8 malam SIM Digi saya sudah jadi ‘No Service’

Terus tuka kepada SIM Webe Mobile. Orait dah boleh pakai.

Kesimpulannya amik masa 5 hari sahaja untuk MNP, maksudnya saya pakai no sama untuk tuka dari Digi ke Webe.

Pakej Webe Mobile Digital anak Syarikat TM – Rm79

Gambar Ilustrasi
Gambar Ilustrasi

Tawaran semasa Telco dalam Malaysia. Dari Webe.com.my

Apa yang anda perlu tahu sebelum melanggan servis mereka.

Promosi semasa sehingga akhir tahun ini adalah dengan nilai Rm79 sebulan. Anda akan dapat percuma panggilan, dan pesanan ringkas (SMS) pada nombor dalam Malaysia. Unlimited Data Internet, tanpa ikatan kontrak. Pakej yang sangat menarik bukan?

Tambahan lagi Webe ini merupakan sebuah anak syarikat TM yang pada asalnya dari penjenamaan semula p1Wimax. Dari sudut coverage, maybe akan ok. Kena cek Twitter dibawah tag #webespeedtest

Apa yang anda perlu tahu sebelum melanggan pakej Webe Mobile Plan, adalah seperti berikut:

Caj tambahan akan dikenakan jika kita buat panggilan atau sms pada rangkaian berikut

  • Call pada 1300, 1600, 1700, 1MOCC number
  • Call pada 02 nombor ke Singapura
  • Call pada 080 ke nombor Brunei
  • Call Special Number
  • Call International (IDD) and SMS dari Malaysia.
  • Panggilan suara & SMS dari luar Malaysia

Buat Internet secara Hotspot atau Tethering kena caj Rm6 untuk 2jam (tak termasuk GST).

Servis voice yang tidak disokong;

  • Video Call
  • Voice Mail
  • Call Forward
  • Private Number panggilan keluar

Muat turun secara P2P menggunakan torrent had limit 64kbps sahaja.

Saya secara peribadi tertarik dengan pakej Webe Mobile ni, tapi sebab ada beberapa kekurangan, saya hold dulu. Sebab saya sekarang pengguna DiGi pakej Rm80, panggilan percuma untuk semua telco, percuma 300 sms, 20gb internet tapi bahagi all time 10gb, hujung minggu (Sabtu & Ahad) 10gb (line 4g sahaja). Pastu ada 2gb rollover bulan lepas, masuk bulan baru.

Saya memang internet savvy, tapi kalau benda asas macam hotspot kena caj, berkira juga nak langgan.

Saya terangkan bahagian basic dalam ni, selebihnya terpulang pada keperluan masing-masing nak pakai macam mana. Sesuai ataupun tidak pakej Webe ni.