Pernah lakukan maksiat? Jangan Hebahkannya!

Renungan hari ni:Menampakkan maksiat merupakan sebuah perbuatan keji yang mencerminkan ketiadaan iman, kerendahan moral dan sikap penghinaan terhadap tata susila kemasyarakatan. Sementara menceritakan perbuatan dosa yang pernah dilakukan, apalagi jika menceritakannya dengan penuh kebanggaan, sangat berlawanan dengan …sikap manusia berbudi yang merasa malu mengingati kesalahan yang pernah dilakukannya.

Kemaskini (14/Julai/2010);

Bimbang individu terbabit tergolong di dalam kategori penyebar dosa dan pembuka aib diri sendiri. Nabi s.a.w memberi ingatan :-

كل أمتي معافى إلا المجاهرين، وإن من المجاهرة أن يعمل الرجل بالليل عملا، ثم يصبح وقد ستره الله عليه، فيقول: يا فلان عملت البارحة كذا وكذا، وقد بات يستره ربه، ويصبح يكشف ستر الله عليه

Ertinya : Setiap umatku (boleh) diampunkan kecuali mereka yang mendedahkan (dosanya), ada di kalangan yang mendedahkan ini, melakukan suatu dosa di waktu malam, berpagi-pagi sedang Allah menutup keaiban dosa itu, namun tiba-tiba dia mendedahkan seraya berkata :” Wahai fulan, semalam aku lakukan itu dan ini” maka terhapuslah tutupan Tuhannya dan jadilah ia membuka (rahmat) Allah yang menutup keaibannya.( Riwayat Al-Bukhari dan Muslim).


Justeru jalan terbaik atas apa jua bentuk dosa yang telah atau pernah dilakukan adalah senyap dan sembunyikan. Ia bukan hipokrit ! tetapi ia dituntut oleh Allah dan RasulNya dan usahakan bertaubat. Hiprokrit adalah bagi mereka yang berpura-pura baik, tetapi dalam hal ini, si pelaku dosa hanyalah menyembunyikan dosanya. Tidak timbul persoalan dia cuba mengabui mata orang ramai dan berpura-pura baik. Rasulullah bersabda :

اجْتَنِبُوا هَذِهِ الْقَاذُورَةِ الَّتِي نَهَى الله عَنْهَا فَمَنْ أَلَمَّ فَلْيَسْتَتِرْ بِسَتْرِ الله وَلْيَتُبْ إِلَى الله. فَإِنَّهُ مَنْ يُبْدِ لَنَا صَفْحَتَهُ نُقِمْ عَلَيْهِ كِتَابَ اللهِ عَزَّ وَجَلَّ.

Ertinya :Jauhilah perkara-perkara keji (maksiat) yang telah dilarang oleh Allah, sesiapa yang telah melakukannya, hendaklah dia menyembunyikannya dengan tutupan (yang diberikan) Allah dan bertaubat kepada Allah SWT. Jika sesiapa menampakkan perkara keji (yang dilakukannya) kepada kami, kami akan menjatuhkan hukuman yang telah diperintahkan oleh Allah ‘Azza wa Jalla.” [Dikeluarkan oleh al-Hakim dalam al-Mustadrak, hadis no: 7615 dan beliau berkata: “Hadis ini sahih atas syarat kedua-dua syaikh (al-Bukhari dan Muslim) dan mereka tidak mengeluarkannya.” Ini dipersetujui oleh al-Zahabi.] ..

Golongan lelaki yang ditarik Wanita ke Neraka

Seseorang wanita itu apabila di yaumal alkhirat akan menarik empat golongan lelaki bersamanya ke dalam neraka.

Artikel ini bukan untuk memperkecilkan wanita tetapi sebaliknya iaitu supaya kaum lelaki memainkan peranannya dengan hak & saksama serta berwaspada akan tanggung-jawab yang dipikul!

Continue reading “Golongan lelaki yang ditarik Wanita ke Neraka”

Music No Limit: punca Islam sukar bangkit di Malaysia

Perkembangan music di Malaysia sejak tahun 2000 dan sehingga sekarang 2009 merupakan punca kenapa Islam tidak bangkit sehingga hari ini dan selamanya (jika perkara ini tidak disekat 100%), dan keadaan ini amat membimbangkan penulis. Peranan dan pengaruh music ini mempunyai impak yang besar dalam mengukuh atau mengugurkan Iman, Akidah, Tauhid yang berada pada seseorang yang beragama Islam. Bahayanya music kepada hati manusia ia dapat mempengaruhi tindak tanduk, perangai, amalan agama dan sebagainya.

Kesan buruk music terhadap hati manusia tidak dapat dilihat dalam masa yang singkat, music seperti menjadi satu kewajipan dalam kehidupan yakni bangun tidur terus mencari music, dalam kereta mendengar music, membaca buku di Library mendengar music dan ia juga umpama fardu ain yang wajib dilakukan pada setiap hari. Ia bagaikan makanan segera dan menjadi rutin harian dan ketagihannya seperti orang menghisap dadah dan rokok.

Continue reading “Music No Limit: punca Islam sukar bangkit di Malaysia”