Merendah diri dalam berniaga sekali sekala perlu

psar_mlmTajuk atas ni betul ke susunan? Saya agak keliru sikit maklumlah bukan power pun BM. Jarang-jarang sekali takut ada kekeliruan sikit. Ok berbalik kepada tajuk. “Merendah diri dalam berniaga sekali sekala adalah perlu” ini kerana kita hendaklah menghormati pelanggan kita sebagaimana kita menghormati……. (no idea). Namun menghormati pula ada hadnya yang tertentu.. jika terlebih merenda diri kena pijak kepala pulakkan? Sebab manusia ni bukan semua baik ada macam-macam jenis.

Layanan selepas membeli adalah perlu untuk proses rujukan pelanggan, dan kita sebagai penjual service jangan mudah terasa bosan sekiranya pelanggan sering menanyakan soalan kepada kita kerana kurang faham. Jangan bila sahaja masa mempromosi barangan kita senyum manis. Namun apabila selepas pelanggan membeli service kita, kita masam mencuka. Tanya banyak sikit melenting, jangan sesekali berkelakuan macam ini kepada pelanggan. Jika tidak bangsa Melayu beragama Islam tidak akan kemana dalam dunia perniagaan. Kita jangan melayan mengikut pangkat dan darjat. Dalam Islam semua manusia sama sahaja disisi Allah s.w.t. Bezanya iman dan takwa kita kepadanya.

Continue reading “Merendah diri dalam berniaga sekali sekala perlu”