Kepahitan & Kemanisan, Tanggungjawab & Risiko

Satu. Setiap detik bermula.

Dua. Setiap langkah kehadapan.

Tiga. Setiap harapan bermula.

Noktah.

Inilah aku manusia kerdil yang dihimpit lautan manusia. Masing-masing membuat hal sendiri.

Aku. Adalah aku.

Engkau. Adalah Engkau.

Kita adalah sama, yang membezakan kita cuma amalan sahaja.

Aku adalah seorang Lelaki.

Engkau seorang Perempuan.

Continue reading “Kepahitan & Kemanisan, Tanggungjawab & Risiko”

Pernah lakukan maksiat? Jangan Hebahkannya!

Renungan hari ni:Menampakkan maksiat merupakan sebuah perbuatan keji yang mencerminkan ketiadaan iman, kerendahan moral dan sikap penghinaan terhadap tata susila kemasyarakatan. Sementara menceritakan perbuatan dosa yang pernah dilakukan, apalagi jika menceritakannya dengan penuh kebanggaan, sangat berlawanan dengan …sikap manusia berbudi yang merasa malu mengingati kesalahan yang pernah dilakukannya.

Kemaskini (14/Julai/2010);

Bimbang individu terbabit tergolong di dalam kategori penyebar dosa dan pembuka aib diri sendiri. Nabi s.a.w memberi ingatan :-

كل أمتي معافى إلا المجاهرين، وإن من المجاهرة أن يعمل الرجل بالليل عملا، ثم يصبح وقد ستره الله عليه، فيقول: يا فلان عملت البارحة كذا وكذا، وقد بات يستره ربه، ويصبح يكشف ستر الله عليه

Ertinya : Setiap umatku (boleh) diampunkan kecuali mereka yang mendedahkan (dosanya), ada di kalangan yang mendedahkan ini, melakukan suatu dosa di waktu malam, berpagi-pagi sedang Allah menutup keaiban dosa itu, namun tiba-tiba dia mendedahkan seraya berkata :” Wahai fulan, semalam aku lakukan itu dan ini” maka terhapuslah tutupan Tuhannya dan jadilah ia membuka (rahmat) Allah yang menutup keaibannya.( Riwayat Al-Bukhari dan Muslim).


Justeru jalan terbaik atas apa jua bentuk dosa yang telah atau pernah dilakukan adalah senyap dan sembunyikan. Ia bukan hipokrit ! tetapi ia dituntut oleh Allah dan RasulNya dan usahakan bertaubat. Hiprokrit adalah bagi mereka yang berpura-pura baik, tetapi dalam hal ini, si pelaku dosa hanyalah menyembunyikan dosanya. Tidak timbul persoalan dia cuba mengabui mata orang ramai dan berpura-pura baik. Rasulullah bersabda :

اجْتَنِبُوا هَذِهِ الْقَاذُورَةِ الَّتِي نَهَى الله عَنْهَا فَمَنْ أَلَمَّ فَلْيَسْتَتِرْ بِسَتْرِ الله وَلْيَتُبْ إِلَى الله. فَإِنَّهُ مَنْ يُبْدِ لَنَا صَفْحَتَهُ نُقِمْ عَلَيْهِ كِتَابَ اللهِ عَزَّ وَجَلَّ.

Ertinya :Jauhilah perkara-perkara keji (maksiat) yang telah dilarang oleh Allah, sesiapa yang telah melakukannya, hendaklah dia menyembunyikannya dengan tutupan (yang diberikan) Allah dan bertaubat kepada Allah SWT. Jika sesiapa menampakkan perkara keji (yang dilakukannya) kepada kami, kami akan menjatuhkan hukuman yang telah diperintahkan oleh Allah ‘Azza wa Jalla.” [Dikeluarkan oleh al-Hakim dalam al-Mustadrak, hadis no: 7615 dan beliau berkata: “Hadis ini sahih atas syarat kedua-dua syaikh (al-Bukhari dan Muslim) dan mereka tidak mengeluarkannya.” Ini dipersetujui oleh al-Zahabi.] ..

Can you please..

Maafkan Ku..

Dengan lemah lembut ku mengangkat kedua tangan untuk bermaafan dengan hati yang sedih sekiranya sepanjang menulis blog ini ada terkasar bahasa, tersilap bicara, marah tidak menentu dan bermacam-macam aneka jenis lagi membuat pembaca menyampah, bosan, fikir yang bukan-bukan, mengata itu dan ini. Ku tahu kerana itulah pengunjung sudah tidak lagi mahu berkunjung ke blog ini kerana sejak beberapa hari dan bulan yang lepas olahan semakin hari semakin panas. Apabila mulai baca panas mula terasa dimana-mana. Diharap dikau maafkan ku yang lalu.. demi agama akan diteruskan..

Continue reading “Can you please..”