Sistem pendidikan Malaysia yang perlu diubah

Apa yang aku ingin sampaikan dalam entri kali ini adalah beberapa perkara yang berkaitan sistem pendidikan di Malaysia yang tidak berkembang sebagaimana masyarakatnya juga tidak berkembang seperti katak dibawah tempurung.

Entahla, dari makin aku muda sehingga aku hingga meningkat ke tua. Memang aku tak tua lagi tapi usia aku makin meningkat menuju tua lah kan. Apa yang aku dapati sistem pendidikan di Malaysia ini tiada pengubahsuaian, padahal dunia sudah banyak berubah tapi di Malaysia masih ditokok lama.

Umpamanya, jika kita menggunakan aplikasi antivirus pun. Tiap-tiap tahun dia akan menaiktarafkan versi baru. Sedangkan Microsoft windows pun akan mencipta perisian operating sistem mereka dari windows xp, ke windows 7.

Oleh itu sistem pembelajaran di Malaysia WAJIB diubah demi untuk menuju negara membangun dan menuju wawasan 2020 yang pernah diwar-warkan dahulu.

Apa yang aku maksudkan adalah.. kita akan mendapat pengitirafan sijil apabila kita menduduki peperiksaan selepas banyak menghabiskan masa membaca buku, menjadi ulat buku. Maksudnya disini pengitirafab sijil akan diberikan apabila habis membuang masa menduduki ujian TEORI sahaja. Sedangkan, dari sudut yang sebenar-benarnya adalah dalam dunia PRAKTIKAL.

Jika anda tidak percaya, cuba anda lihat kepada penulis buku. Adakah ulasan si penulis buku itu menceritakan pengalaman mereka dalam bentuk TEORI? TIDAK! Mereka masukkan pengalaman mereka dalam bentuk PRAKTIKAL ke dalam buku mereka dan tulisan tu dalam bentuk TEORI.

Sepatutnya sistem pendidikan di Malaysia mengiktiraf mereka yang pandai dalam bidang masing-masing dalam pentuk PRAKTIKAL. Bila lulus ujian PRAKTIKAL baru diberikan pengiktirafan pada sijil.

Contoh kita lihat macam inilah. Kita duduk baca buku sehari suntuk untuk memahami macam mana nak memasak lauk ikan masak kicap. Sampai bila kita nak pandai kalau duduk baca buku tersebut tanpa melakukan sendiri dengan pergi ke dapur dan buka api dan sediakan kuali tuang minyak lalu cuba untuk memasak satu lauk? Kalau duduk membaca, sampai 10 tahun pun tak pandai-pandai memasak tu kalau asyik duduk membaca cara-cara nak membuat. Bila dah buat bukan setakat pandai, tapi dapat pengalamannya lagi.

Bila sebut mengenai pengalaman, aku kerap kali ternampak dalam surat khabar pada bahagian pengiklanan. Apa yang mereka tekankan dalam tu adalah, MEMPUNYAI PENGALAMAN SEKURANG-KURANGNYA 2 TAHUN. Jadi apa maksud perkataan tu? Kalau kita sentiasa duduk membaca buku, tapi tak buat secara PRAKTIKAL sampai bila kita nak memperolehi pengalaman 2 tahun tu?

Contoh lain macam inilah, kita main permainan video pada komputer. Kalau selalu duduk baca macam mana nak lawan musuh itu dan ini. Sampai bila kita nak tahu main game tu? Duduk disitu sahajalah sampai bila-bila pun kita tak pandai macam mana nak main game.

Mungkin ada yang tengah mengambil kursus dalam bidang masing-masing di Universiti dan kolej. Dan tujuannya hanya satu, untuk mendapat segulung ijazah untuk melayakkan diri berkerja di luar.

Kalau ada yang sudah pandai secara praktikalnya, terpaksa juga masuk ditempat belajar ini kerana tak boleh kerja, kena dapatkan sijil dahulu. Bukankah itu suatu pekerjaan yang amat membuang masa dan wang ringgit?

Ada yang FAILED / GAGAL dalam menduduki peperiksaannya dalam bidang tertentu, namun secara praktikalnya dia tahu dan boleh buat. Sebab itulah wujudnya penganggur di Malaysia ini terlampau ramai kerana sistem pendidikan itu sendiri yang membuatkan mereka menemui jalan buntu.

Atau mungkinlah sistem tidak boleh diubah sepenuhnya kepada PRAKTIKAL, namun sediakanlah dua pilihan. Melalui ujian TEORI atau PRAKTIKAL boleh mendapatkan sijil yang sah untuk melayakkan diri ke peringkat yang lebih tinggi. Mungkin ada yang pandai dalam TEORI manakala dalam PRAKTIKALnya kurang pandai. Jadi dengan mempunyai dua pilihan ini, ia lebih memudahkan lagi seseorang itu melayakkan diri ke peringkat yang lebih tinggi tanpa melalui liku-liku perjalanan yang sukar dan tidak munasabah.

Author: nikhanz

Hai, saya Nik. Terima kasih kerana layari blog saya! Ikuti saya di laman sosial terpilih.

1 thought on “Sistem pendidikan Malaysia yang perlu diubah”

  1. Sbnarnye tak ade ape yg nk diubah sgt.
    Pendek kate, kalu nk jadi org yg lebih praktikal, amik la kos dari mne2 tmpat sperti politeknik, stpm or sijil kejuruteraan..
    Jalu nk dji ulat buku, sng ke. Masuk matrikulasi or diploma yg ulat buku sperti dip pembangunan manusia/ sains sosial…
    Bukan ape, sbelum nk tuduh ape2, kaji dulu sume sume aspek. Jgn tgk 1 tmpat n tgk 1 pandangan je.
    Lagipun, dip “ulat buku” pun ade semester praktikal…

Leave a Reply