Sikap student A-Level berbanding pelajar lain

Sekitar hal saya

Hari-hari saya merupakan seorang pelajar sepenuh masa disebuah kolej yang tidak tersohor namun dikenali sekitar Selangor, Sabah dan Sarawak (kerana ramai pelajar dari sana  terdapat disini). Saya bukan seorang pelajar yang berpengaruh, jauh sekali dikenali ramai.

Mana tidaknya, diri saya di tempat belajar boleh dikatakan saya merupakan salah satu pelajar yang pendiam diantara pelajar-pelajar yang pendiam yang lain. Saya tidak ramai kawan lelaki, apatah lagi kawan perempuan lagi sedikit. Semua boleh dibilang dengan jari.

Siapa yang mahu berkawan dengan saya? Saya seorang yang pendiam. Namun saya bukan pendiam sepanjang masa, pendiam hanya pada orang-orang tertentu sahaja. Jika kepada sesiapa yang mengenali, disitu terletak diri saya sebenarnya.

Namun, sependiam saya pun saya ada kawan. Kawan bukan hanya sekadar kawan, kawan boleh dibawa susah senang bersama. Boleh juga dikatakan sahabat. Tapi tidak memahami sepenuhnya kedua-kedua maksud berkataan ini. Jadi mungkin juga sekerat-sekerat.

Ada beberapa orang pelajar perempuan yang pernah berkata kepada saya, yang saya ini seorang yang ‘sombong!’..kata merekalah, saya tidak tahu. Mungkin ada juga benar mereka dan mungkin juga tidak.

Jawapannya, saya tidak sombong. Mereka yang berkata sedemikian kerana mereka tidak mengenali saya secara peribadi, jadi itulah perasangka yang dapat mereka rumuskan.

Alkisah yang lain

Dalam diam saya suka memerhati psikologi manusia. Kenapa seorang manusia bertindak begitu dan begini? Setiap tingkah laku seorang manusia mempunyai sebab-sebabnya tersendiri. Betul?

Cuba kita lihat dari sudut kaca mata si pemerhati, attitude atau sikap seseorang itu menunjukkan dia itu berada ditahap mana. Cuba lihat pelajar A-Level, sikap mereka sangat berbeza dengan pelajar yang mengambil jurusan lain. A-Level lebih berdisiplin, manakala pelajar jurusan lain kurang disiplin mereka.

Sebagai contoh, rakan-rakan di jurusan Diploma Sains Komputer. Kebanyakkan mereka suka menghabiskan masa dengan menonton drama, dan bermain permainan komputer dan juga mendengar lagu. Pelajar A-Level mungkin ada juga begitu, tapi mereka lebih banyak menghabiskan masa pada buku, perpustakaan, buat kajian.

Secara ringkasnya, masa mereka digunakan pada perkara yang berfaedah sahaja. Jika yang kuat pegangan agamanya, ada yang kerap membaca kitab Al-Quran di surau semasa menanti waktu solat masuk. Jadi, apa yang saya lihat disini masing-masing ada perbezaan yang amat ketara. Mereka sangat berbeza dengan yang lain.

Terfikir di benak fikiran, macam mana ingin menghampiri mereka ya? Kerana zaman sekarang pendekatan mestilah menggunakan kaedah psikologi teramat kerap. Membanyakkan sabar daripada tumpukan matlamat asal. Ikut sahaja arus mereka, masuk secara perlahan sehingga sampai suatu tahap kita dengan sedikit mulai langkah awal.

Bunyinya amatlah sukar, namun itu sahaja cara yang boleh dilakukan pada masa ini. ‘Biarkan lambat asalkan matlamat tercapai!’. AWAS! Jangan terlalu memaksa dan sehingga seseorang mengetahui niat anda yang sebenar, Padah nanti!

Author: nikhanz

Hai, saya Nik. Terima kasih kerana layari blog saya! Ikuti saya di laman sosial terpilih.

3 thoughts on “Sikap student A-Level berbanding pelajar lain”

  1. The way you say it, I don’t like it very much since you’re comparing people around you with another people. We live isn’t about how we same we’re with another person but it is how do you want to be youself with another.

    As for me, I would like to be myself on my own to do anything that I consider it’s right, true and much better rather than I want or need to be like another people that I can’t stand a chance to win.

    In my opinion, I dislike A-Level’s students because they are just a bookworm, they just full with acedemic but they didn’t learn anything practically. Remember yourself, we live aren’t based on book but it’s about how you to need to work to live.

    Experience is the basis of life, not the book.

    1. Oh, i’m not look through that position, but i look from Islamic position. Your opinion is from average and mostly side. From other side, mostly they all are same actually.

Leave a Reply