Setiap yang hidup pasti akan pergi – Umi saya telah pergi

Imam Masjid Kami Hassan - Bacakan Doa
Imam Masjid Kamil Hassan – Bacakan Doa

10 September 2013 – Selasa: Ini mungkin story paling sedih dalam hidup aku sepanjang aku hidup atas bumi ni, anak mana yang tak sedih bila ibu kandung telah pergi dan tidak kembali. Umi aku dah sakit lama cumanya dia masih boleh buat kerja as suri rumah macam biasa, cuma kadang-kadang tu ada time dia letih dan ada yang okey stabil. Kekuatan fizikal dia naik turun dalam setahun dua ke tiga tahun jugak la, aku tak berapa nak ingat.Tapi paling kritikal tahun ni start pada awal tahun sampai hujung dekat nak puasa. Masa ni masih stabil dan turun naik jugak, tapi nampak lebih merosot dalam minggu pertama puasa. Kiranya umi aku sempat puasa penuh dalam tiga hari je, lepas tu tak puasalah sebab nampak letih sangat.

Mula dari saat inilah umi tak berapa boleh bangun, selalu baring je. Kadang-kadang minta aku urut kaki dan betis, aku dari dulu masa umi masih sihat aku dah biasa dah tolong umi urut kaki, betis sebab penat buat kerja dapur kan. Sepanjang pasang surut kekuatan fizikal dia, kadang-kadang beli makan diluar je masa malam. Kalau esokkan umi rasa bertenaga sikit, dia akan masak. Aku pun tak ingat bila last time dia masak sebelum dia pergi. Bila dia takde rasa sunyi je rumah ni, sebab masa dia hidup dulu aku ada je masa borak dengan dia antara maghrib dan isyak. Kini semua tu tinggal kenangan.

2013-09-10-793
Penggali kubur – mengambus kubur umi

Alhamdulillah, sepanjang urusan pengebumian umi, aku tak mengalirkan air mata langsung. Mood biasa, tapi dalam hati sedih tu adalah, sangat menipu kalau tak sedih langsung. Sebab aku tahu yang paling penting doa seorang anak kepada ibunya, itu lebih penting sebab doa kita tiada hijab dari Allah swt, sebab kita anak kandung dia. Aku ingatkan aku sempatlah berkahwin, ada anak dulu dan sukses dalam hidup, bisnes or whatsover tapi tak sempat dia pergi dulu. Redhalah jika takdir Allah begitu, adalah hikmah disebalik pemergian umi, abah aku cakap dia suruh kita cepat berdikari, ni salah satu ayat popular yang abah akan selalu lafaz. Aku masih bersyukur aku masih ada abah.

Author: nikhanz

Hai, saya Nik. Terima kasih kerana layari blog saya! Ikuti saya di laman sosial terpilih.

2 thoughts on “Setiap yang hidup pasti akan pergi – Umi saya telah pergi”

Leave a Reply