Senaraikan Webhosting Malaysia yang anda tahu

host1Hari ni saya nak Gang Bloggers kongsikan disini mengenai penyelia webhosting yang kalian tahu walaupun kalian tidak menggunakan service mereka. saya harap kalian boleh memberi kerjasama. Tujuan post ini ditulis untuk kita sama-sama melakukan bedah siasat yang mana satu webhosting terbaik. Sedia maklum tiada benda yang PERFECT atas muka bumi ini, masing-masing ada kelebihan dan kekurangan tersendiri. Namun kita sebagai pelanggan pembeli haruslah membuat pilihan yang bijak bagi menjamin keselesaan kita terhadap service yang mereka tawarkan kepada kita.

Oleh itu jika kawan-kawan tahu mana-mana webhosting yang di Malaysia sahaja sama-samalah kita berkongsi. Tidak kiralah webhosting mana asalkan menepati permintaan yang saya minta. Sebab kebanyakan kita adalah pengguna blog tegar. Blog ini umpama kawan sahabat kita apabila kebosanan di masa-masa lapang. Maka bloglah teman sejati kita. Perasaan ini saya juga terasa juga, sejak menggunakan blog dihos sendiri alhamdulillah terasa nikmatnya. saya tahu masing-masing ada rasa yang dimaksudkan ini. Oleh itu jika kita memilih hosting yang murah tapi kerap kali bermasalah apa gunanya bukan? kalau kita mendapat sengsara. Maki hamun penyelia hosting bukanlah jalan yang baik dan bijak. Kita ni orang Islam tidak harus mengambil tidakan yang luar batas. Kita manusia biasa. Namun jika tidak tahan sabar, usah berkata terlalu banyak sehingga menyebabkan dosa. Sia-sia sahaja bukan?

Jadi marilah kita bersama-sama senaraikan..mudah-mudahan dengan pengkongsian ini tiada lagi kawan-kawan penat mencari mana yang terbaik dan memaki hamun… Jadi jom3…

Author: nikhanz

Hai, saya Nik. Terima kasih kerana layari blog saya! Ikuti saya di laman sosial terpilih.

6 thoughts on “Senaraikan Webhosting Malaysia yang anda tahu”

  1. aku tahu myonlinehoster je.. huhu.. nk kata ok, pernah down smpai 2 minggu.. nak kata tak ok, tp web loading laju je dan aku dpt unlimited bandwidth pd harga yg tak berapa mahal..

    customer support skrng ni lembab dan kadang2 tak reply lg2 masa down tempoh hari.. call tak dpt sms x balas ‘(

    rasanya.. serverfreak ok kot tp sometime lemua gak aku tgk. huhu..

  2. serverfreak juga. customer support excellent. even email pukul 4 pagi pun reply

    memandangkan post pasal hosting yang anda tahu bukan bagus, jadi nak mention myonlinehoster gak. tapi xpayah cuba kot. hoho

  3. serverfreak, servis terbaik, customer support first class. server uptime memang seperti yang dijanjikan..memang berbaloi bayar lebih… 🙂

Leave a Reply to chokilala Cancel reply