Selesai mengundi

2013-05-05-559
Kesan dakwat undi

Shortupdate – Tahun ni pilihan raya kali ke 13 datang jugak akhirnya, itulah masa kejap gile datang dan pergi sampai pilihan raya datang pun. Eh cepatnya!

Tapi pilihanraya dah lepas pun semalam. Maklumlah firstime pergi mengundi tak berapa nak biasa sebab kalau ikut cerita abah tanda pangkah guna pensil tapi ni undi yang lepas, alamak semalam guna dakwat lah, seksa betul nak pangkah.

Masa beratur nak undi nih ramai dara berderet belakang. Aiyo asal nih? Kebetulan saluran undi yang Hanz beratur ni duk tingkat 3 jadi tengok kat bawah ramai orang tua je beratur panjang. Tengok balik kat atas semua orang muda, pelik gak ni. Laaa..rupanya memang saluran undi dorang asingkan antara golongan muda dan tua. Tapi herannya kenapa ramai dara pada teruna.

No berbaris
No berbaris

Dalam hati nih bosan dan tak best sebenarnya sebab Hanz nak undi kat Kelantan. Oleh sebab alamat asal kad pengenalan nih alamat kat Nilai, so terpaksalah undi kat sini.

Oh first time mengundi.

Author: nikhanz

Hai, saya Nik. Terima kasih kerana layari blog saya! Ikuti saya di laman sosial terpilih.

Leave a Reply