Selepas diploma

Tiga bulan sudah berlalu hanz rasa masa jalan sangat pantas. Baru je baru-baru ni masuk bulan tiga. Ni dah masuk bulan April pun.

Akhir tahun lepas hanz baru je tamatkan zaman diploma. Masih teringat-ingat macam mana hadapi hidup yang kelam kabut penuh dengan aiseiman (assignment). Terpaksa habiskan duit beratus ringgit untuk lulus diploma. Bayangkan walaupun terdapat pinjaman PTPTN tapi tu hanya untuk buat bayaran pengajian setiap semester. Belum termasuk belanja makan dan minum harian..

Sangat bersyukur tempat belajar tidak jauh dari rumah keluarga, kira-kira perjalanan 20 minit sampai. Ulang-alik dari rumah ke kolej setiap hari itulah rutin harian masa belajar dulu. Setiap pagi perlu bangun awal bukan hanya bersiap ke dewan kuliah tapi perlu hantar adik ke sekolah. Inilah amanah keluarga yang perlu dipikul dengan ikhlas. Selain tanggungjawab sebagai anak sulung yang lainnya. Alhamdulillah ia mengajar hanz supaya lebih sedar erti kehidupan.

Hidup kini habiskan masa banyak dirumah. Buat bisnes pun dari rumah je senang dan mudah diurus. Teruskan khazanah yang dibuat pada tahun 2008, usahakan balik bermula tahun ni.

Impian hanz dari dulu tak terlintas mahu kerja dibawah orang atau kerja makan gaji. Alasannya nampak tak best. Jawapan tepat, tak pasti. Mungkin inilah jalan yang diberikan Allah kepada hanz bagi teruskan hidup.

Walaupun menguruskan bisnes sendiri, bila tiba masa sibuk. Kesibukannya lebih kurang sama dengan orang kerja makan gaji. Tapi yang best, buat kerja ni rasa amat seronok dan enjoy walaupun mengadap laptop dari rumah je. Masih banyak yang perlu di lebih usahakan lagi pada tahun ni. Perbanyakkan jualan dan pendapatan. InsyaAllah.

Author: nikhanz

Hai, saya Nik. Terima kasih kerana layari blog saya! Ikuti saya di laman sosial terpilih.

Leave a Reply