Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1431H

Alhamdulillah akhirnya sampai masa yang kita nanti-nantikan yakni Maulidur Rasul 1431. Mudah-mudahan amalan sunah Nabi Muhammad s.a.w tetap menjadi amalan harian kita daripada muda sehinggalah ke akhir hayat.. InsyaAllah..

Marilah kita berselawat bersama-sama dan mengenangkan perjuangan Rasulullah menegakkan Islam di bumi Allah ini.

Seperti tahun-tahun yang lalu, ditempat perumahan saya membuat perarakan besar-besaran memperingatkan hari kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.

*************************************************************

  1. BAGAIMANAKAH YANG DIKATAKAN RASULULLAH S.A.W. ITU KEKASIH SELURUH ALAM
  • Firman Allah: [Dan tidaklah Kami utuskan engkau wahai Muhammad, melainkan sebagai rahmat kepada seluruh alam – Surah al-Anbiyaa’  21: 107]
  • Siapakah yang mengutuskan Muhammad? Allah yang Rahman dan Rahim.
  • Allah mahu Diri-Nya sentiasa diingati sebagai Tuhan yang Maha Pengasih lagi Penyayang. Kasih sayang itu jugalah yang mendominasi watak seorang insan bernama Muhammad.
  • Kasihnya kepada Muslim:  Kisah di kubur al-Baqi’, rindu kepada saudara-saudaranya.
  • Belasnya kepada bukan Muslim: Hadith riwayat Muslim, Baginda diminta memaki golongan kuffar. Namun dijawab, “aku tidak diutuskan untuk mencela manusia, tetapi sebagai Rahmat kepada seluruh alam”. Dzu Tsur mengambil pedang untuk memenggal leher Baginda… Begitu juga kedudukan Kafir Dhimmi : ganggu kafir dhimmi, ganggu aku, ganggu aku ganggu Allah.
  • Belas kepada haiwan: menegah sahabat membakar semut dengan api: Riwayat Abu Daud dengan Isnad yang sahih.
  1. Bagaimana menghadapkan Sunnah Baginda SAW
  • Peminat Beckham, buat rambut ala Beckham, pakai pakaian seperti Beckham dan membaca segala tentang Beckham. Itu tandanya kita sangat kasih dan mengidolakan Beckham walaupun Beckham tidak pernah mengasihi atau mengenali kita. Malah usahkan Beckham, James Dean dan Marilyn Monroe yang tidak pernah hidup sezaman itu pun ramai peminatnya.
  • Justeru manifestasi cinta kita kepada Rasulullah SAW, adalah dengan peduli kepada baginda, mengambil tahu, membaca mengenainya, berkelakuan seperti kelakuan baginda, yakni melaksanakan seluruh pesanan dan ajaran baginda dalam semua aspek kehidupan.
  • Ayat al-Quran:

Dan  apa jua perintah Yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w) kepada kamu maka Terimalah serta amalkan, dan apa jua Yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya. dan bertaqwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksaNya (bagi orang-orang Yang melanggar perintahNya).[al-Hashr 59: 7]

  • Berselawat ke atas Baginda SAW sebanyak-banyaknya.
  1. Bagaimana mendapat Syafaat Baginda SAW
  • Abu Hurairah radhiyallahu `anhu berkata, Wahai Rasulullah shallallahu `alaihi wasallam, siapakah orang yang paling bahagia dengan syafaatmu? Beliau shallallahu `alaihi wasallam menjawab, Siapa saja yang mengucapkan Laa ilaaha illallah dengan ikhlash dari dalam hatinya.
  • Syafaat hanya milik Allah:

Katakanlah (Wahai Muhammad): “Syafaat itu semuanya hak kepunyaan Allah; Dia lah Yang Menguasai Segala urusan langit dan bumi; kemudian kamu akan dikembalikan kepadanya (untuk menerima balasan).” [Zumar : 44]

  • Hati yang bersih daripada syirik dan meletakkan keutamaan yang tertinggi hanya kepada Allah dan Rasul.

Sumber: Saifulislam.Com

*******************************************

Mari dengar-dengar Kuliah Maulidur Rasul

Betapa indahnya saat itu.. alhamdulillah

Author: nikhanz

Hai, saya Nik. Terima kasih kerana layari blog saya! Ikuti saya di laman sosial terpilih.

Leave a Reply