Selamat hari jadi ke 21

Oh! Sudah lupa berapa kali saya tulis ulangtahun kelahiran saya dalam blog ni. Tapi hidup saya tak meriah. Tiada kawan yang belikan saya kek atau dapat membuat saya tersenyum bila ulang tahun saya datang. Siapalah saya kan?

Inilah nasib pelajar sains komputer yang kurang bersosial. Apa nak jadi ni? Hm, see kawan saya semuanya mesin. Sampai nak berkomunikasi dengan berlainan jantina pun sangat susah bagi saya. Peninglah.


Saya dalam proses berusaha untuk berkomunikasi dengan perempuan, saya nak hilangkan rasa malu. Jika perempuan yang jenis kasar, atau lasak, berdikari saya senang masuk dan tak rasa janggal dan tak rasa malu nak bergaul.

Kalau jenis yang tak sempoi, jenis yang baik, diam. Susah saya nak masuk, walaupun saya suka dengan attitude seperti ini. Kadang tu lebih senang dan tidak memeningkan kepala macam mana nak approch perempuan jenis ni.

Semuga masuk umur 21 tahun ni, saya bertambah berani dengan perempuan. Dalam proses dengan classmate saya Aishah. Sebab dia jenis yang boleh dikatakan kelakar dan tidak terlalu serius, selalu cakap benda pelik dan melayan. Walaupun ada pro dan kontra, saya masih boleh masuk dengan orang macam dia.

Juga dalam proses nak mesra dengan DPM semester 4, tapi mereka ni pelik sikit. Ada hari okey ada hari tidak. Oh, idola saya untuk approch perempuan ni cerita Korea jee.

Sir Redzuan Awang pula ada memuji saya yang saya berani bercakap sekarang jika dibandingkan dengan sebelum ni. Tapi secara personal, bagi saya ini pujian biasa sahaja. Juga untuk pengetahuan anda pensyarah ini bagus tahap psikologi dalam komunikasi peribadi dan pembelajaran. Tak pernah sekali pun marah. Marah pun masih boleh senyum. Agak-agak macam mana tu? Haha. Fikirlah sendiri.

Kawan kawan, tolong saya yee? 😉

Author: nikhanz

Hai, saya Nik. Terima kasih kerana layari blog saya! Ikuti saya di laman sosial terpilih.

1 thought on “Selamat hari jadi ke 21”

Leave a Reply