Sebuah Kesederhanaan

2012-11-16-325

Dah masuk bulan november kini dah 4 tahun aku blogging, banyak benda dan hal aku sumbat dalam blog ni dan bila aku baca balik content pos lepas lepas rasa nak tergelak. (Haha!) Macam budak-budak, lepas tamat SPM aku terus blogging, niat apa saja sekadar suka suki lah kan. Banyak aku tulis daripada kisah suka duka aku, pahit manis aku dengan gadis dan macam-macamlah. Tapi ni kisah 4 tahun sudah, aku sekarang rasa tukar mood blogging fully writing dari aku sendiri dan lebih relax dengan cara aku. Aku bukan orang senang macam kecil aku mintak barang yang aku nak dengan famili tak semua dapat, nak boleh dengan kumpul duit belanja sekolah sendirilah (mood sedih, LOL!), bayangkan bila aku nak sesuatu yang seratus lebih aku sanggup tak makan masa rehat, just bawak bekal roti Gardenia dua keping jer. Bila duit cukup aku beli barang yang aku nak, so aku tahu susah senang nak dapatkan duit. Dengan duit nilah aku beli henset pertama aku, model ape ntah (Luper sudah).

Ada member anggap bila orang bisnes sendiri ni orang senang, silap tu beb. Walaupun aku bisnes sendiri, tak mantap lagi bisnes banyak lagi kelemahan yang ada. Aku sedar, banyak silap. Sedar pun lepas buat silaplah kan (Hahaha!) giler kan? Lepas buat silap baru sedar. Tak boleh tolong orang guna duit selalu, nanti dia ingat kita kaya. Apa yang aku sedar, kalau korang nak tolong orang terutama perempuan, jangan la bagi duit meskipun korang mampu, orang tak nampak usaha dan kesungguhan kita. So, kalau korang nak tolong, sumbang tenaga, kalau ada kereta tolong bawak barang, belanja makan pun okey tapi elak bagi duit, kalau takat sikit-sikit takde hal.

Pastu bila dah besar kita kena hangout sebab bila besar boring duduk rumah jer kerja. Kena merayap juga untuk cari perubahan hidup yang lebih baik jangan jadi macam aku. Aku sedang berubah slow slow, masa yang menentukan. Banyak benda kita boleh buat bila kita banyak merenung dan berfikir, apa guna ada akal yang Allah bagi kalau kita tak guna kelebihannya kan? Mesti ada fungsinya, mesti ada dan jangan kata takde.

Gambar yang aku sumbat ni yang aku ambik semalam masa hantar classmate aku di Pangsapuri Desa Mentari. Ni semester akhir dan semester akhir untuk diploma sains komputer. Aku menyesal, aku sedih dan macam-macam lagi serabut jiwa (weh, LOL!) sebab aku sayang dia meskipun tak sempat nak rapat, just nice (senyum, Haha!) tapi highlight “sayang pada kawan”, dan aku takut sayang aku lebih, harap jumpa orang yang lebih baik. Banyak peluang aku terlepas sebab suka buat hal sendiri sebelum ni, aku rasa sangat rugi. Serius, rugi giler. Mood semalam, susah nak senyum tapi bila mak dia muncul buat buat senyum dan cakap-cakap sikit walaupun takde mood (tipu diri sendiri)

Nilah coretan aku, aku takkan tulis benda yang tak bawak pengajaran, melainkan ada sesuatu yang aku nak kongsi dengan korang. Aku harap korang baca dan ada pengajarannya. (Okeh? Yeyeh!)

WhatsApp aku pada symbian nokia n8 dah takleh pakai hari ni katanya version too old, dah cek pada website dia, dia tak update pun versi baru, so mulai sekarang aku tak guna whatsapp sudaa. (Jangan sedih senyumlah giler!)

Author: nikhanz

Hai, saya Nik. Terima kasih kerana layari blog saya! Ikuti saya di laman sosial terpilih.

Leave a Reply