Sains Komputer dan laman web

Perjumpaan secara tidak rasmi sudahpun berlangsung. Cadangan saya mengenai facebook group adalah supaya ia digantikan dengan laman web rasmi untuk semua peringkat Diploma Sains Komputer. Bermula daripada semester 1 sehingga 6. Tujuan ini dicadangkan supaya Diploma Sains Komputer mempunyai privasi yang sendiri dan tidak perlu bergantung harap dengan laman sosial facebook meskipun laman tersebut adalah percuma dan ramai pelajar KTT yang menggunakannya.

Laman berikut juga kemungkinan mempunyai fungsi sosial. Fungsi tersebut seperti ruang perbincangan secara maya, sudah pasti ia seperti forum. Terdapat juga fungsi privasi mesej, group, status dinding, ruangan untuk chat dan sebagainya. Namun ini mungkin pilihan. Fungsi lain yang perlu ada adalah, kalendar untuk menambah aktiviti yang bakal diadakan oleh pelajar atau pensyarah. Mengetahui kemaskini melalui email (notifikasi email). Fungsi privasi yang lain adalah, hanya pengguna yang di invite melalui email sahaja dibenarkan menyertai laman tersebut. Ini termasuk kakitangan pensyarah, hanya boleh menyertai selepas notifikasi email diberikan pada email mereka.

Namun apa yang ditulis ini hanyalah sekadar cadangan. Sebarang penolakan dan persetujuan adalah daripada pihak pengurusan Diploma Sains Komputer. Sebarang penambaikkan dan komen, boleh sahaja dibentangkan jika sudah sampai pada waktunya nanti. Terima kasih daun keladi!

Author: nikhanz

Hai, saya Nik. Terima kasih kerana layari blog saya! Ikuti saya di laman sosial terpilih.

2 thoughts on “Sains Komputer dan laman web”

Leave a Reply