Sabar dalam Terus Melangkah

Menjadi salah seorang pengurus pada sebuah syarikat bukan satu pekerjaan yang mudah dan boleh dilakukan sambil lewa. Tambahan, syarikat yang diurus itu masih perlu ditegakkan lagi. Masih banyak yang perlu diperbaiki dan didahului sebelum mula melangkah lebih ke hadapan.

Sepanjang saya melakukan ini, kerap kali dugaan itu datang. Dugaan itu datang dalam pelbagai bentuk. Sama ada melalui rakan perniagaan kita, daripada pelanggan dan daripada saluran mana sekalipun ia tetap akan datang. Dalam hal ini saya sentiasa ingat pesan Allah SWT.

“Dugaan itu tidak akan hadir dalam hidup kita, melainkan kita mampu menghadapinya”..

Ini antara salah satu ayat semangat yang ada dalam ingatan saya selama menguruskan syarikat. Walaupun syarikat ini baru hampir 2 tahun, sudah cukup untuk mematangkan saya selain dugaan dan cabaran lain dalam kehidupan seorang remaja.

Menjadi seorang pelajar disebuah kolej terpencil di Sepang dan pada yang sama menjadi mengurus disebuah syarikat pula. hu². tidak pernah dilakukan remaja lain. Cuba anda bayangkan, setiap kali Isnin sudah tentu kena bangun pagi bersiap pergi ke kolej. Alhamdulillah, saya tidak suka menetap di hostel seperti mana rakan² kolej yang lain. Jadi hari² saya membawa kereta daripada rumah dan memandu ke kolej. Perjalanan mengambil masa dalam 20 minit bergantung pada keadaan trafik. Paginya dalam pukul 8.00 pagi. hu². tersangat awal.

Sudah habis waktu kuliah bermula pagi hingga petang. tapi tidak berterusan sampai petang. ada langkah sejam, dua. bergantung pada jadual kuliah pada hari tertentu. Jadi berakhirnya kuliah setiap hari, balik tu semak email daripada pelanggan kalau ada. dan buat perkara lain yang penting selain solat dan buat latihan. Lebih kurang macam inilah rutin harian saya daripada Isnin hingga Jumaat. ada juga berubah sikit² bergantung pada keadaan.

Tapi apa yang paling penting mesti diutamakan ialah, solat diawal waktu dan berjemaah bersama². Amalan ini baru sahaja diamalkan. Apa yang saya dapat ialah ketenangan jiwa. fikiran. Solat berjemaah paling menarik bagi saya solat subuh. ini kerana udara diwaktu subuh nyaman dan segar berbanding udara malam. oleh itu saya sentiasa segar bersemangat dalam buat apa pekerjaan. dan jangan lupa juga solat tahajjud dan berdoa kepada Allah SWT selalu lepas solat 5 waktu. dengan izin Allah SWT hidup kita diberkatinya sentiasa =)

Author: nikhanz

Hai, saya Nik. Terima kasih kerana layari blog saya! Ikuti saya di laman sosial terpilih.

4 thoughts on “Sabar dalam Terus Melangkah”

  1. Semua orang ade bidang dan kemahiran masing-masing. Semua orang pun ade kelemahan masing-masing dan semua orang ade gaya hidupnya sendiri, terpulang kepada kita untuk bagaimana cara kita menghadapinya. Namun, dugaan pasti datang menghalang, cubaan pasti datang menghujan. Dalam pada masa yang sama juga dugaan dan cubaan yang diberikan adalah setimpal dan adil dimana Allah S.W.T. pernah berkata bahawa dunia ciptaan-Nya adalah adil, hanya manusia itu sendiri yang tidak adil terhadap makhluk lain. Oleh yang demikian haruslah kita bertakwa dan beriman kepada Allah S.W.T. disamping berdoa dan bertawakal supaya kita dapat mengharungi kehidupan yang sukar ini. Setiap perkara ada ‘harganya’.

    1. Ya sangat setuju 🙂 Setiap apa yang berlaku ada ‘nilai’ dan daripada itu juga akan dapat ‘pengalaman’. Ini barang amat berharga.

Leave a Reply