Review Majalah IM Edisi 11

majalahim-11-cover

(Pertandingan Review Dari Official Majalah IM)

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera.. Penulis memang tidak dikenali kerana baru bergiat aktif dalam penggunan blog secara serius pada awal tahun 2008. Nama penulis Hazwan. Minat penulis bergiat aktif dalam dunia internet salah satunya ingin mencari pendapat sampingan iaitu melalui Internet Marketing. Selama penulis bergiat aktif di laman blog, kira-kira lebih setahun lamanya.. Penulis berusaha keras untuk menjadi Internet Marketing yang berjaya. Setelah beberapa bulan penulis menceburi dalam bidang ini, pada suatu hari penulis digemparkan dengan Majalah IM iaitu majalah yang memberikan kita “sumber inspirasi perniagaan internet”. Untuk pengetahun semua, ini merupakan kali pertama penulis membaca Majalah IM.

Majalah IM ini (sini) merupakan Majalah yang diterbitkan oleh pihak FlareBiz dan yang menariknya ia diberikan secara percuma oleh pihak FlareBiz. Berdasarkan pemerhatian penulis, Majalah IM ini amat sesuai dan berguna bagi mereka yang masih baru dan ingin berjinak-jinak dengan dunia Internet. Majalah IM ini jika dihadamkan betul-betul, penulis dapati ada banyak maklumat yang menarik. Antaranya ialah mengenai ‘SERVICE’, service ini dikategorikan sebagai sesuatu pekerjaan bagi membantu seseorang. Selain itu juga penulis berasa seronok dengan penggunaan warna yang menghiasi pada sekeliling Majalah IM dengan pelbagai aneka warna yang ceria,  serta penggunaan jenis font yang berbagai bentuk. Jadi tidak hairanlah Majalah IM ini mudah dibaca oleh semua peringkat umur tidak kira golongan tua mahupun belia.

Bagi edisi ke 11 ini, mereka lebih menitik beratkan mengenai pemahaman kita mengenai ‘service’ yang dijalankan di Internet. Dengan membaca pada edisi ke 11 ini anda akan mempelajari lebih mendalam mengenai sesuatu service sama ada service secara online ataupun secara offline.

Kelebihan buku ini ialah ia ditampilkan dalam bahasa Melayu serta susunan gambar, corak-corak serta tulisan dengan teratur dan kemas tidak terlalu kecil dan tidak terlalu besar. Paling menarik minat penulis untuk membaca dengan lebih lanjut apabila lihat pada tajuknya “Pengenalan mengenai service” beserta tajuk yang berada dibawahnya berbunyi “Antara service online yang popular adalah”. Kerana tajuk ini lebih menekankan kemahiran bagi menjana wang mengikut service yang ditawarkan kepada orang lain. Memandangkan penulis mempunyai sedikit pengalaman dalam membina website/blog, Majalah IM ini memberikan penulis lebih mengerti mengenai fungsi sebenar sevice secara online ini.

Berikut ialah pengenalan mengenai service secara ringkas..

Pengenalan mengenai ‘service’

Iaitu sesuatu pekerjaan yang dilakukan oleh seseorang bagi mambantu seseorang. Ia juga memberi faedah kepada orang lain, selain itu dengan kerja ini masa kita tidak terbuang dengan begitu sahaja ‘no sense’. Service juga boleh dilakukan sama ada secara berkumpulan mahupun  keseorangan, namun service perseorang lebih memerlukan masa dan tenaga yang banyak berbanding service berkumpulan. Dengan kata lain, ia service yang kita tawarkan kepada orang lain, di mana ia akan membantu orang lain.

Service ini ada dua kategori, antaranya service online dan offline. Service offline ialah service seperti yang sentiasa kita gunakan dan berada disekeliling kita. Antaranya ialah perkhidmatan (Bank), perkhidmatan mengasuh anak-anak, cuci kereta dan mengemas rumah.

Sama juga seperti service online, ianya boleh didapati dalam bentuk berkidmatan pembayaran (Bank), Belajar memasak melalui ruangan chatting,  dan perkhidmatan service web mahupun blog. Walaubagaimanapun kedua-dua jenis service ini mempunyai kelebihan dan kekurangn jua. Antara kelemahan service offline kita perlu bergerak ke sesuatu tempat ke tempat yang lain melalui kenderaan seperti menaiki motor dan kereta. Selain dari membayar kos minyak dan sebagainya. Kelebihannya pula kita mudah untuk berkomunikasi dengan pemberi dan menerima perkidmatan dengan lebih baik.

Kelemahan service online pula, risiko amat tinggi bila berurusan dengan seseoang pemberi dan penerima service terutama pada bahagian yang melibatkan wang ringgit. Maka perlulah sentiasa berhati-hati semasa menjalankan sesuatu service pada seseorang. Antara kelebihanya pula  mudah untuk berurusan, tidak perlu banyak bergerak. Hanya duduk dihadapan komputer dan berkomunikasi dengan sistem seperti Yahoo Messenger (YM) dan sebagainya.

Service yang dimaksudkan disini ialah service didalam konteks pemasan internet (internet marketing). Ini termasuklah:

  • Pembinaan laman web
  • Pembinaan blog
  • Rekaan grafik web
  • Rekaan grafik produk di laman web – illustrasi pada produk, kotak software, CD/DVD Cover.
  • Rekaan grafik untuk pengiklanan – banner ads, refferrer ads dan sebagainya.
  • Pembinaan interface pada software
  • Pengaturcaraan komputer (programming)
  • Pengaturcaraan script (programming) – khas untuk laman web/blog (kesan khas dan sebagainya)
  • Perkhidmatan hosting dan nama domain
  • Perkhidmatan bayaran antarabangsa seperti Paypal, Alert Pay,  WordPay dan sebagainya.
  • Perkhidmatan sekuriti
  • Dan banyak lagi

Daripada apa yang penulis paparkan serba sedikit mengenai service diatas juga daripada pembacaan penulis pada Majalah IM edisi ke 11 ini. Ilmu inilah yang kita mesti berebut untuk ambil tahu, supaya pada masa akan datang ia akan berikan manafaat pada kita juga insyaAllah. Ilmu ini lah juga yang perlu para remaja kita hari ini tahu supaya tidak terjebak dengan perkara-perkara yang tidak mendatangkan manafaat dan faedah kepada mereka. Jadikanlah saudara kita Adly Mukhtar (Labanon) sebagai Idola kerana beliau telah berjaya dalam Internet Marketing dalam usia yang muda ini. Terima kasih juga pada Ilahi kerana memberikan idea yang bernas ini kepada krew FlareBiz bagi mengeluarkan Majalah IM edisi ke 11 ini untuk tatapan kita semua rakyat Malaysia.

Akhir sekali, terima kasih kepada penulis Majalah IM pada keluaran ini ‘Buat Duit dengan service‘ iaitu (Kak G, Zamri Nanyan, Zamri Mohamad, SmartZul, Alang, Amirol, ShueQry, Hairul dan lain-lain) yang masih setia dan tegar menyumbang ilmu mereka secara PERCUMA kepada kita semua. Oleh itu Bagi sesiapa yang ingin atau baru menceburi dalam  perkhidmatan secara online dan memahaminya dengan lebih mendalam.. terutamanya mengenai service, pilihan yang tepat ialah dengan memiliki Majalah IM edisi ke 11 ini!

Author: nikhanz

Hai, saya Nik. Terima kasih kerana layari blog saya! Ikuti saya di laman sosial terpilih.

2 thoughts on “Review Majalah IM Edisi 11”

Leave a Reply