Realiti perkhidmatan web hosting tempatan

Pengalaman menggunakan perkhidmatan tempatan selama hampir tiga tahun banyak memberikan kesedaran kepada saya dan hal ini sudi saya coretkan disini sekadar untuk perkongsian. Kebanyakkan pengguna internet yang memiliki dan menggunakan perkhidmatan web hosting dimana-mana penyelia hosting tempatan saya kecewa dengan tahap layanan dan kos yang perlu ditampung bagi membina empayar web hosting mereka. Faktor utama adalah faktor kewangan yang sering kali menjadi masalah dalam dunia perniagaan.

Daripada pemerhatian saya, banyak syarikat web hosting yang dulunya menyediakan perkhidmatan web hosting dan kini gulung tikar. Masalah kewangan menjadi faktor penghalang utama dalam hal ini. Harga tempatan untuk dedicated server mencecah ribuan ringgit untuk processor intel xeon dan keatas. Fungsi fully managed juga diasingkan dengan harga berasingan untuk tujuan mengurus dedicated server tersebut. Ini menjadi masalah usahawan web hosting tempatan untuk membina syarikat mereka sendiri.

Fungsi fully managed ini adalah internal support untuk sebarang hal seperti masalah teknikal, configurasi server, installation software dan untuk tujuan pengurusan yang lain. Ada yang menyediakan fully managed percuma dan ada yang berbayar. Hal ini pada hemat saya tidak jauh berbeza, dari pengalaman saya kedua-kedua ini sama sahaja secara puratanya kualiti perkhidmatannya.

“Ini menyebabkan harga web hosting tempatan menjadi teruk dan boleh menjejaskan ekonomi pada sesebuah syarikat web hosting.”

Hangat-hangat tahi ayam

Penyedia web hosting yang baru sahaja wujud dalam arena web hosting kebanyakkannya sekadar cukup makan. Ada juga dikalangan mereka yang menurunkan reputasi harga pasaran kerana menawarkan harga terlalu murah dan tidak munasabah. Ini menyebabkan secara psikologinya, mereka boleh dapatkan sesuatu yang sama dengan harga yang lebih murah ditempat lain.

Ini merupakan perkembangan yang tidak baik secara keseluruhan. Ini menyebabkan harga web hosting tempatan menjadi teruk dan boleh menjejaskan ekonomi pada sesebuah syarikat web hosting. Mereka yang memulakan perkhidmatan ini juga tidak mempunyai banyak yang banyak untuk di adaptasi dalam menguruskan perniagaan ini secara keseluruhannya.

“Anda mungkin untung dalam jangka masa pendek, tapi untuk jangka masa panjang anda adalah pelanggan yang rugi kerana ketamakkan anda sendiri.”

Faktor pelanggan

Kebanyakkan mereka suka fokus pada sesuatu yang murah berbanding kualiti sesuatu perkhidmatan. Sebagai contoh pakej yang menawarkan unlimited storage dan bandwidth. Ini sebenarnya tidak wujud sama sekali, kesannya akan merugikan pembeli itu sendiri kerana tertipu dengan penyelia web hosting. Ini secara ringkas juga basic kepada overselling.

Tertipu kerana, mungkin anda melabur duit untuk jangka masa panjang untuk pakej tersebut namun tidak akan dapat guna sepenuhnya kerana terdapat limitasi pada shared web hosting. Untuk pengetahuan, setiap dedicated server minimum storage adalah sebanyak 500GB sahaja. Kemudian ia dipecahkan mengikut kadar bahagian pakej yang dicipta kepada pelanggan, jadi anda kiralah sendiri. Anda mungkin untung dalam jangka masa pendek, tapi untuk jangka masa yang panjang anda adalah pelanggan yang rugi kerana ketamakkan anda sendiri.

Shared hosting juga mempunyai had maximum dalam penggunaan kapasiti Central Processing Unit (CPU) sebanyak 10% sahaja untuk satu akaun dalam server. Tidak boleh melebihi 10% kerana akaun web hosting anda akan diambil tindakan seperti kena suspen atau terminated tanpa notis jika didapati menggunakan 10% CPU.

“Oleh itu pelanggan seharusnya tidak melenting jika didapati akaun anda menggunakan melebihi 10% CPU kerana anda hanyalah melanggan shared hosting.”

Hal-hal ini boleh dilihat menggunakan SSH/SHELL access menggunakan command Linux. Hanya penyelia web hosting sahaja boleh melakukan pengurusan ini. Oleh itu pelanggan seharusnya tidak melenting jika didapati akaun anda menggunakan melebihi 10% CPU kerana anda hanyalah melanggan shared hosting.

Oleh sebab inilah, penyelia web hosting akan mencadangkan kepada anda untuk melanggan Virtual Private Server (VPS) untuk menyelesaikan masalah seperti ini dan jangan terkejut mungkin bayarannya lebih tinggi daripada shared hosting dan perlu dibayar secara bulanan dan tidak lagi secara tahunan. Kebanyakkannya mereka akan melenting kerana kos bayaran meningkat dan rasa seperti penyedia web hosting ingin menipu dan sebagainya.

Hal ini sukar untuk dijelaskan, namun secara jujurnya inilah hakikatnya. Anda boleh mencari jawapan sendiri dengan cara anda sendiri, namun segalanya terserah kepada anda. Ini hanyalah sedikit pengalaman yang saya kongsikan bersama disini.

Author: nikhanz

Hai, saya Nik. Terima kasih kerana layari blog saya! Ikuti saya di laman sosial terpilih.

Leave a Reply