Rasa itu datang lagi

Dari jauh saya melihat anda, dalam hati ada rasa senang kerana pada awalnya pada tanggapan saya bahawa dengan kehadiran anda disisi boleh mengubati duka. Namun itu hanya tinggal agan-angan kosong yang tidak membawa sebarang makna.

Dari jauh saya mengetahui anda sudah mempunyai seseorang yang anda  sentiasa menulis tentangnya, dan saya pasti orang itu sangat memberi makna yang mendalam, kerana anda sering sahaja menyebut-nyebut tentang dia di halaman peribadi anda.

Dari jauh saya gembira sendiri, kerana anda sudah mendapat teman yang sungguh bermakna dalam hidup anda. Mungkin anda lihat secara luaran saya mungkin tiada menahu, namun dalamnya disimpan suatu rahsia.

Mungkin saya perlu menjauhi anda secara perlahan, kerana saya mudah jatuh tersungkur jika berterus begini. Sesungguh tiada kesanggupan untuk terus begini.

Dari jauh akan berterusan saya doakan anda agar persahabatan anda dan dia berkekal dari bangku sekolah sehingga bila-bila. Saya mungkin bercakap sendirian, tapi biarkanlah anda tidak mengetahui hal ini.

Mungkin saya akan berjauhan dengan anda nanti, kerana takut sejarah lama berulang kembali. Saya tidak kuat lagi. Terima kasih kerana hadir dalam hidup ini yang serba kekurangan…

Author: nikhanz

Hai, saya Nik. Terima kasih kerana layari blog saya! Ikuti saya di laman sosial terpilih.

Leave a Reply