Ramadhan sudah tiba apa persiapan kita?

ramadhanAlhamdulillah Hirobbil A’lamin yang bermaksud “Segala pujian bagi Allah yang meguasai sekalian alam”. Alam apa? Yakni muka bumi ini yang meliputi tumbuh-tumbuhan, tanaman-tanaman, segala jenis kehidupan binatang haiwan, Syaitan dan Jin, dan juga umat manusia yang hidup diatas muka bumi Allah ini.

Esok bermulalah era Ramadhan yakni Umat Islam yang BER-Iman menunaikan kewajipan berpuasa selama satu…. satu berapa ya adik-adik?  Satu saat? Satu minit? Satu Jam? Satu hari? Satu minggu? Satu bulan? Satu tahun?…….. Jeng..jeng..jeng adik-adik dah mula keliru. Jawapannya satu bulan.

Sepanjang bulan Ramadhan ini marilah kita bersama-sama membuat amal ibadat kepada Allah s.w.t yakni sembahyang Terawih BER-Jemaah bagi orang-orang yang BER-Iman. Selain tu apa lagi? Jaga anggota badan yakni anggota mata, telinga, mulut, tangan, anggota kemaluan, kaki dan sebagainya supaya dihidari dari maksiat kepada Allah s.w.t.

Saya mengajak diri saya dan anda semua marilah kita bersama-sama membuat dan memperbanyakkan amal ibadat mulai saat ini. Iaitu amalan zikrullah, solat sunat, mengaji Al-Quran (faham tafsir lagi baik), dan sebagai value addednya buka juga hadis Bukhari dan Muslim.

Namun umat Islam di Malaysia pada generasi dan abad ini, Islam-nya bermusim. Sebagai contoh, pada hari bulan yang bukan bulan Ramadhan, masing segala macam mereka lakukan bagaikan manusia yang tiada Imannya dan tidak bertamadun. Contohnya seperti pergi masjid perpakain T-Shirt dan seluar Jeans sahaja, tanpa disertakan ketayap atau kopiah. Pakai pula baju jenis bermacam-macam seni, ada Rock, Punk, Punk + Rock, HipHop. Sesuai ke berpakaian pelik sebegini bila pergi berhadapan dengan Allah s.w.t? Kita ni pergi menghadap Tuhan segala Alam, tapi macam pergi pusat membeli belah.

Sekurang-kurangnya berpakaian sopanlah nak menghadap Allah, seperti pakai baju melayu dan kopiah. Ini benda asas, takkanlah mesti disebut dan mesti diulang-ulang seperti mana mengajar kanak-kanak tadika. Kepada puteri-puteri yang berada diluar sana jika ada bakal suami atau pasangan macam ni, tidak payah buat pasanganlah kerana sikap tidak ubah seperti budak tadika.. mesti di sebut satu-satu. Perkara asas macam ni pun susah nak dibuat bila sudah ada anak-anak esok hari macam mana nak jadi Guru kepada anak-anak tu?

Author: nikhanz

Hai, saya Nik. Terima kasih kerana layari blog saya! Ikuti saya di laman sosial terpilih.

6 thoughts on “Ramadhan sudah tiba apa persiapan kita?”

  1. ustaz aku ckp pkai kopiah / songkok tu sunat..
    dpt pahala.. bende simple camtu pn bleh dpt pahala..
    tp ramai yg buat xkisah ttg kopiah.. hmm..
    selamat berpuasa..

Leave a Reply