PTPTN – Cara Bayar Penuh diskaun 20%

Oleh kerana saya telahpun selesai buat bayaran lump sum ataupun bayaran penuh hutang PTPTN, dan saya telah nikmati 20% diskaun. Dalam penulisan saya ini, saya nak kongsikan, macam mana nak buat bayaran penuh secara online tanpa pergi kaunter PTPTN.

Pertama sekali, anda pergi ke website ini https://www.ptptn.gov.my/bajet2018/Utama untuk login dan buat semakan berapa lagi baki yang tinggal dalam akaun PTPTN anda. Pastikan anda masukkan Nombor Kad Pengenalan dan Nombor Pinjaman. Selepas keluar result baki terkini hutang, sila save salinan baki dalam PDF atau print out.

Untuk start bayar semua sekali dan nak nikmati 20% diskaun, anda perlu menggunakan website ini http://mygovmobile.malaysia.gov.my/mypay/ptptn/. Pilih ‘Bayaran Balik Pembiayaan‘, dan masukkan nombor kad pengenalan anda dan klik enter. Lepastu akan ada tempat taip jumlah bayaran (taip jumlah bayaran sama yang pada 20% – yang anda dapat pada langkah pertama tadi), please take note, akan ada RM0.50sen fee untuk service charge payment gateway.

Bukti bayaran, anda perlu emailkan kepada pegawai PTPTN yang bertugas untuk alert dia yang anda dah bayar dan untuk dapatkan surat pengesahan bayaran. Email tersebut adalah – hasliza@ptptn.gov.my.

About the author

nikhanz

Hai, saya Nik. Terima kasih kerana layari blog saya! Ikuti saya di laman sosial terpilih.

View all posts

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.