Profit Minded punca kejatuhan Islam

moneyMutakhir ini ramai masyarakat kita di Malaysia berniaga. Apabila kita mendengar orang Islam kita berniaga, ayuh jom pakat mari sokong! Ya kita seharusnya menyokong orang Islam, tidak kiralah mereka daripada mana bangsa sekalipun sama ada India, Cina, dan Melayu. Asalkan mereka dari kalangan orang Islam ayuh sokong.

Bagaimana cara kita menyokong mereka? Sudah tentu dengan membeli barangan yang mereka jual, tidak kiralah daripada produk mana pun, asalkan tidak melanggari syariat Islam, selagi itulah kita seharusnya menyokong. Namun jika ia terang-terangan melaggari sahlah kena ‘banned’ atau memboikot. Namun tindakan ini tidak akan menambah usahawan Islam, sebaliknya kita nasihat dahulu individu terbabit, lihat macam mana reaksi dia terhadap nasihat kita. Kalau dia masih dengan amal dia yang tidak betul tu. Cubalah cara lain untuk ‘tackle’ dia. Macam mana? pandai-pandailah, anda pandai ‘tackle’ perempuan, takkan ‘tackle’ lelaki untuk kembali ke jalan yang benar tidak boleh?

Sebagai contohnyalah, saya ni sentiasa berada didunia dan alam maya ni. Ada juga lihat banyak betul web/blog yang menceritakan mengenai gossip artis tanah air. Bermacam-macamlah, takkan tu pun nak sebut? Kata dah besar fikiran matang dan berilmu. Kalau tidak diamalkan apa gunanya? ‘no value addedlah!’

Saya tahu dalam banyak web/blog dalam dunia maya ni, blog hiburan berintikan gossip semua tu sudah pastinya mendapat rank yang tinggi di Google. Trafik pun amat menggalakkan. Si penyelia hosting pun memang amat suka tidak ingat dunialah host website seperti ini kerana gerenti duit poket masuk bulan-bulan punyalah. Oh Dunia! Demimu daku sanggup melakukan apa sahaja asalkan duit masuk dalam poket bulan-bulan, tak fikir dah benda ni semua tuhan rekod masuk buku log. Ingat senarai pelanggan beli itu beli ini masuk duit situ masuk duit sini sahaja yang masuk buku log ka?

Jika anda bijak pandai, siapa yang berikan rezeki pada anda? Ya, sudah tentu ramai yang mengatakan Allah bagi umat Islam dan Tuhan bagi yang bukan Islam. Masing-masing mempercayai bahawa Tuhan yang memberikan segala nikmat dan rezeki kepada umat manusia. Namun  kenapa masih ramai umat Islam masih tidak berfikir? Kita telah kufur nikmat pemberiannya dengan melakukan perkara yang amat dibenci oleh Islam. Apatah lagi ingin mendapat keberkatan dalam hidup?

Sebab apa saya kata “Profit Minded Punca Kejatuhan Islam”? Semestinya kerana tiada keberkatan dalam hidup. Islam tidak melarang kita nak berniaga apa-apa pun atas bumi ni, yang penting mestilah mencapai keberkatan. Belum masuk soal “Halal dan Haram”. saya rasa lagi parah?

Author: nikhanz

Hai, saya Nik. Terima kasih kerana layari blog saya! Ikuti saya di laman sosial terpilih.

4 thoughts on “Profit Minded punca kejatuhan Islam”

  1. Assalamualaikum,
    terkejut juga mula-mula baca tajuknya…tapi memahami juga maksudnya.
    Cuma rasanya kita boleh buat ‘counter reformation’,bagi komen-komen yg berfaedah a.k.a dakwah dekat blog/web sebegini…

    p/s:terima kasih sbb cadang baitulbytes.com.my,saya ni baru lagi dlm dunia blog.Kalau dah setahun dua nanti,murah rezeki insya Allah pakai hosting dgn domain sendiri 😉

    1. Wsalam.
      Alhamdulillah kerana memahami.
      Pasal hosting tu, insyaAllah mereka sentiasa ada harga runtuh. Moga saudara dpt rezeki nanti 🙂

  2. secara peribadi, saya kurang suka sesetengah web/blog hiburan yang menulis/menyebar gossip2 yang tanpa fakta dsb. main terjah je.

    walaupun kalau lihat blog2 hiburan dgn trafik yang tinggi dsb, mmg tertarik nak buat juga. Tapi maaf sahaja, malas nak fikir ayat2 panas yang akan panaskan diri kat neraka nanti.

    kalau orang cakap, “ko poyo la cakap macam tu, ko pun baca gak apa”. Ya, saya memang baca, tapi sekadar baca. Itupun kalau ada bukti/fakta yang benar mengenai apa yang diceritakan, kalau tak. Minta maaf sahaja.

    1. Saya sendiri ada jenguk jarang-jarang, tapi tak best sebab semua artis yang takde isi. Kalau pasal artis Waheeda, Akhil Hayy.. ok sikit 😀

      Tulah orang melayu yang memuda suka mengata ‘poyo’. Bilalah nak maju mereka ni..

Leave a Reply