Polis syariah Aceh Barat diberi 20,000 skirt

Bermula daripada beberapa bulan, dan tahun lepas jika tidak silap. Kerajaan Islam telah menguasai Aceh Barat selepas pilihan raya di sana di adakan.

Hari ini pula dilaporkan daripada surat khabar KOSMO! bahawa pihak yang terlibat akan menyerahkan sebanyak 20,000 skirt kepada Polis syariah untuk diberikan kepada para wanita yang memakai seluar jeans ketat (yes!).

Berdasarkan pada laporan yang diberikan, bertapa tingginya kesungguhan Ketua Daerah Aceh Barat ingin menegakkan perundangan Islam disana.

Katanya, apabila bila disuruh tukar seluar kepada skirt labuh ada yang membantah dan bertikam lidah.

Biasalah ingin mencegak perkara mungkar ni banyak bantahan dan kerenah. Hairannya bilalah Malaysia ingin menjadi seperti ini (Sekurang-kurangnya lah kan?)

Petikan: KOSMO!

Author: nikhanz

Hai, saya Nik. Terima kasih kerana layari blog saya! Ikuti saya di laman sosial terpilih.

4 thoughts on “Polis syariah Aceh Barat diberi 20,000 skirt”

  1. hoho… harap2.. kita semua sama2 berfikir dan berubah.. x dapat laju2.. slow2 pun jadilah.. Allah sentiasa memahami jiwa hambaNya.. Dan memahami apa yang terbaik untuk hamba2Nya..

  2. Mak saya baru balik dari Aceh.. dia kata kat sana selepas kes gempa bumi dulu mmg byk perubahan. Rakyat dan penduduk sikap mereka pon da banyak berubah.. cuma ada segelintir yg jenis degil tu normal la kan.. hehe..

    Semoga Malaysia suatu hari nanti jadi mcm tu jugak.. jgn nk tunggu bencana baru nak terngadah..

    1. Urm maknanya betullah apa yang di khabarkan melalui media-media tu kan. Biasalah sudah tentu yang saki baki ada yang degil. Ni ha Malaysia ni bila nak berubah pun tak tahulah, Nah! kena gempa bangunan KLCC tenggelam dalam tanah baru nak insaf barangkali.

Leave a Reply