Plugin untuk WordPress sempena Ramadhan

Inilah plugin-plugin yang selama ini saya tertunggu-tunggu manalah lambat sangat nak keluar. Akhirnya hari-hari hampir menjelang bulan Ramadhan plugin ini diperkenalkan oleh Amanz.

Memang syukur sangatlah, kalau tak menjelang bulan Ramadhan memang tak akan dapat merasalah plugin macam ni pada WordPress dan saya pun tak terfikir ia akan wujud.

Mudah-mudahan dengan terciptanya plugin seperti ini akan memperkuatkan lagi amal ibadat kita kepada yang maha Esa. Insya’Allah!

Waktu Imsak & Berbuka

Bersempena dengan kemunculan bulan Ramadhan tidak lama lagi, Mr. Kay menyediakan satu plugin untuk mengetahui waktu subuh, maghrib dan imsak mengikut kawasan masing-masing. Contoh boleh dilihat pada sidebar kanan pada blog ini, ia terdapat dibawah sekali.

Ayat Al-Quran Harian

Satu widget khas memaparkan ayat-ayat suci Al-Quran yang berlainan pada setiap hari. Serta mempunyai 72 jenis bahasa. Terdapat pautan dipenghujung ayat yang membolehkan pengguna memuat turun Al-Quran dalam bentuk mp3.

Hadis Harian

Memaparkan hadis harian dan berbeza setiap hari serta daripada pelbagai sumber termasuk Shahih Bukhari & Muslim serta banyak lagi.

Alhamdulillah, semua plugin diatas menyokong wordpress versi terkini. Ia bukan sahaja boleh digunakan pada bulan Ramadhan bahkan pada bulan-bulan lain juga.

Author: nikhanz

Hai, saya Nik. Terima kasih kerana layari blog saya! Ikuti saya di laman sosial terpilih.

Leave a Reply