Planning in Planning

Oh Tuhan dah masuk tahun 2010… =.=”

Usia aku makin tahun makin naik.. aduhai la… *walaupun 20 rasa makin tua* Memandangkan tahun baru dahpun masuk, planningnya nak ubah stail penulisan la *nak jadi rakyat biasa*… tapi ni bukan point utama hanya kata aluan.. HAHAHA!

Berita gembira buat aku ialah insyaAllah jika ada rezeki aku dapat masuk Diploma Sains Komputer, intake this 4 January 2010.

Jangan ada sesiapa tanya sebab apa aku baru masuk Diploma =.=”

Azam baru in Planning… =.=”

Aku terfikir-fikir.. habislah dunia aku lepas ni bila masuk diploma.. Dah tak dapat main-main macam dulu dah.. Tapi… yang penting bidang yang aku ambil sekarang ni memang sure aku minatlah! ^__^!

Tapi… errrr… bila tengok subjek dia aduhaila.. boleh tahan lah kan nama bidang Sains Komputer..

Bak orang kata..

Dimana ada kemahuan, Disitu ada jalan…

Bila duduk ulang-ulang baca kata hikmat atas ni memang betullah ada maksud yang tersirat.. Kalau tiada kemahuan, kena buat berkemahuan jugak nampak gayanya baru ada jalan.. HAHAHA! =.=”

Masa untuk berubah!… =.=”

Sebenarnya lepas aku berjumpa dengan sahabat lama aku masa tingkatan 3 dulu pada beberapa hari lalu, tiba-tiba  ada suara  semangat dalam hati aku… suara ini membangkitkan diri aku untuk terus bersemangat dan maju kehadapan mengejar cita-cita yang aku impikan selama ini sambil berdoa kepada Allah s.w.t…

Aku dulu sama kelas dengan dia, mungkin aku kurang pandai dalam pelajaran menyebabkan dia lebih pantas kehadapan memintas aku. Lepas kira-kira 5 tahun tidak bersua, alhamdulillah Allah s.w.t makbulkan doa aku akhirnya kami berjumpa. Dalam berbual-bual dia sedang masuk Degree ataupun belum aku tak ingat sebab aku tertinggal  masa berbual dengan dia… mungkin berdebar punya pasal sampai tak ingat.. maklumlah lama tak jumpa.. HAHAHA! ^__^!

Pernah down…. =.=”

Aku pernah down.. rasa rendah diri teramat sangat sebab beberapa faktor.. mungkin sebab aku kurang pergaulan.. kurang pendedahan.. kurang aktiviti beriadah diluar bersama kawan-kawan.. atau mungkin aku dah lama tak terlibat dengan aktiviti ditempat belajar..

Hari-hari aku terperap je dirumah duduk dalam bilik.. jarang sekali keluar rumah walaupun aku boleh bawa kereta sendiri.. Mungkin aku ni jenis PENDIAM SANGAT tu yang tak berkembang.. entah la.. aku pun tak tahu… =.=”

UMMMM.. OKEYLAH THAT’S ALL… ^__^!

Author: nikhanz

Hai, saya Nik. Terima kasih kerana layari blog saya! Ikuti saya di laman sosial terpilih.

6 thoughts on “Planning in Planning”

  1. Good Luck, Nik Hanz~
    Jalanilah hidup dengan lebih bermakna pada tahun baru ini. Jangan lupa, aktifkan diri kat tempat blaja tu. kalau tak aktif dalam sukan, aktif dalam persatuan pun ok gak~ 🙂

Leave a Reply