Perniagaan Dropship Malaysia

Apakah Itu Dropship?

Dropshipping merupakan teknik pengurusan rantaian pembekal di mana penjual tidak menyimpan stok tetapi memindahkan pesanan pembeli produk kepada pembekal untuk tujuan pembungkusan dan penghantaran produk terus ke alamat pembeli.

Bisnes dropship ini amat sesuai untuk semua golongan tidak kira anda seorang pelajar, penganggur, suri rumah, pekerja sepenuh masa mahupun seorang pesara. Ini adalah kerana perniagaan dropship ini:

  • Tidak melibatkan modal yang besar.
  • Tidak perlu menyimpan stok.
  • Tidak perlu menyewa kedai mahupun menggaji pekerja.
  • Risiko perniagaan ini amat rendah.
  • Tidak perlu menghabiskan masa yang banyak.
  • Boleh dilakukan secara sambilan atau sepenuh masa.
  • Amat senang dan mudah diuruskan!

Dalam bisnes dropship ini, apa yang anda perlu tumpukan ialah cara bagaimana anda mahu menjual produk anda sama ada di blog, di laman bidaan seperti ebay, di forum-forum ataupun menjual di Facebook manakala pembekal pula akan menguruskan tempahan pelanggan anda, uruskan pembungkusan produk dan menguruskan penghantaran kepada pelanggan anda.

Bukankah bisnes ini amat mudah untuk diuruskan?

Situasi Bisnes Konsep Dropshiping:

Pihak penyedia servis dropship akan memberikan anda akses kepada produk dengan harga borong. Sebagai contoh, harga borong sehelai baju ialah RM31.00 + RM7.00 kos penghantaran.

Anda menjual baju tersebut di Facebook dengan harga pasaran yang mampu anda jual. Sebagai contoh, anda menjual baju yang dengan harga pasaran iaitu RM50.00 + RM7.00 kos penghantaran. Pelanggan membuat pembayaran sebanyak RM57.00 kepada anda sedangkan anda hanya perlu membuat pembayaran sebanyak RM38.00 sahaja kepada pihak dropship untuk baju tersebut.

Dalam situasi perbezaan harga inilah keuntungan anda. Dalam contoh yang diberikan, anda berjaya memperolehi untung sebanyak RM57.00 – RM38.00 = RM19.00! Cukup mudah.

Jika dalam seminggu anda mampu menjual lebih kurang 10 baju yang memberikan anda keuntungan atas angin sebanyak RM19 setiap satu unit, maknanya dalam sebulan anda akan mengaut untung bersih sebanyak RM760. Bukankah ia sangat menguntungkan dan realistik untuk dicapai?

Author: nikhanz

Hai, saya Nik. Terima kasih kerana layari blog saya! Ikuti saya di laman sosial terpilih.

1 thought on “Perniagaan Dropship Malaysia”

Leave a Reply