Permulaan perniagaan Internet

Ramai diantara kita pada hari ini sudah pasti ada keinginan untuk berjinak² dengan perniagaan internet. Namun ramai yang tidak mengetahui cara²nya. Baiklah hari ini saya ingin kongsikan serba sedikit cara² atau langkah awal sebelum memulakan sesuatu perniagaan. Memandangkan berniaga secara online ini banyak cabangnya dan amat berpotensi untuk pergi jauh sekiranya anda serius.

Namun perlu di ingat juga, dengan perniagaan sendiri kita tidak akan dapat hasilnya dalam masa terdekat. maksudnya buat hari ini dan pulangannya on the spot dapat terus. Jawapannya tidak. Ia memerlukan sedikit waktu ia bergantung kepada apa produk dan perkhidmatan yang anda jual.

Okey, buat permulaan apakah yang anda perlu untuk memulai sesuatu perniagaan?

  • Kenal pasti, dalam hidup anda apa yang anda paling minat
  • Pengalaman dalam perkara tersebut
  • Memerlukan modal yang kecil
  • Kemampuan
  • Kenal pasti permintaan (demand) pasaran

Berdasarkan point utama diatas saya akan huraikan secara ringkas dibawah.

Kenal pasti apa yang anda paling minat

Make sure anda kenal pasti, tanya diri sendiri apa yang anda paling minat lakukan apabila bosan. ataupun sesuatu yang kerap anda lakukan pada waktu lapang. Melalui habit biasa itu, anda alihkan ia kepada perniagaan.

Pengalaman

Bagi memulakan sesuatu, sila pastikan anda mempunyai pengalaman dalam sesuatu yang anda minat. Namun bagi saya pengalaman yang sedikit sudah memadai, yang penting ada rasa ingin belajar sesuatu yang baru mengikut peredaran masa juga perlu ada. Ini bertujuan supaya anda tidak bosan dengan apa yang sedang dilakukan. Tapi sekiranya anda betul² lakukan sesuatu yang menjadi hobi anda, pada saya ia tidak menjadi masalah buat anda =)

Modal

Ini merupakan faktor terpenting dalam memulakan sesuatu perniagaan. Apa² perniagaan dalam dunia ini sudah pasti akan keluarkan modal dahulu baru kita akan dapat pulangannya. Pulangannya, daripada usaha yang kita lakukan, yang kita korbankan seperti masa, tenaga dan wang ringgit. Ini dapat dirasai apabila berbulan² selepas kita sudah memulakan sesuatu perniagaan. Ia bergantung pada produk dan perkhidmatan apa yang anda jualkan kepada pelanggan. Elakkan daripada berhutang sewaktu permulaan ini. mulakan dengan perlahan, dan apa yang penting kesabaran yang tinggi.

Kemampuan

Tanya diri anda adakah anda mampu untuk memulakan perniagaan yang anda ingin buat. Tapi berdasarkan pengalaman saya, jika kita masih belum buat kita tidak akan tahu sama ada kita mampu lakukan ataupun tidak. Pembahagian masa juga penting dalam hal ini, sebagai contoh saya juga ada lakukan perniagaan secara online namun pada masa yang sama saya juga seorang pelajar Kolej. Make sure anda pandai membahagikan masa, jika tidak “apa yang dikejar tidak dapat, apa yang dikendong keciciran”.

Permintaan pasaran

Ok kita sudah sampai perkongsian terakhir. Dalam hal ini kita perlu membuat kajian permintaan pasaran. Contohnya kita lihat makanan, produk ini hari² akan mendapat permintaan kerana makanan merupakan satu keperluan untuk manusia. Jika boleh anda cari apa produk yang banyak permintaan namun masih kurang pembuatnya, jika anda menjumpai jawapan ini (insyaAllah) rezeki akan datang kepada anda. Apa yang penting perniagaan anda mestilah unik!

Author: nikhanz

Hai, saya Nik. Terima kasih kerana layari blog saya! Ikuti saya di laman sosial terpilih.

3 thoughts on “Permulaan perniagaan Internet”

Leave a Reply