Perkongsian: 9 Cara mengesan Lelaki Teruna?

Hari ini saya ingin berkongsi satu entri santai dan sempoi. Sudah lama tak buat perkongsian sebegini. Share ini hanya untuk ‘suka-suka’. Moga terhibur dengan Jayanya (Hehe!)

Mungkin ada diantara anda yang berhajat untuk mempersuamikan Lelaki yang masih mengekalkan status ‘Dara’ atau ‘Teruna’ (Sudah tidak ramai pada zaman ini) walaupun kebanyakan wanita ingin cara yang berpengalaman, ini panduan untuk anda mengenali sama ada seseorang Lelaki itu masih Teruna mahupun tidak..

  1. Lelaki ‘Teruna’ suka mengintai-intai (curi pandang) perempuan cantik pada wajah berbanding lelaki ‘tidak’ ada teruna gemar melihat tubuh wanita.
  2. Lelaki ‘Teruna’ segera mengalihkan pandangan apabila ditentang wanita cantik manakala Lelaki tiada teruna mengekalkan pandangan.
  3. Lelaki ‘Teruna’ menunduk apabila dipandang wanita cantik dan menunjukkan reaksi gembira (mengetap bibir untuk ‘cover’ senyum) tetapi Lelaki tiada Teruna menunjukkan riaksi bersahaja.
  4. Lelaki ‘Teruna’ malu membuka mulut untuk makan atau bercakap di hadapan wanita yang cantik. Lelaki teruna seperti “kena interview” apabila bercakap dan badannya kaku.
  5. Lelaki ‘Teruna’ berdegup kencang jantungnya apabila mendapati wanita cantik menyukainya.
  6. Lelaki ‘Teruna’ membosankan apabila bercinta. Gayanya agak “nerd”. gemar berlagak untuk menarik perhatian pasangannya.
  7. Lelaki ‘Teruna’ juga sanggup menghabiskan banyak wang untuk pasangannya untuk menambat hati pasangannya.
  8. Lelaki ‘Teruna’ terlalu sensitif. Mereka akan sering menghubungi pasangannya sehingga dapat dan mereka akan rasa sedih yang amat sangat apabila diabaikan.
  9. Lelaki ‘Teruna’ sering mengagung-agungkan pasangannya dan mengatakan orang lain tak cantik. Mereka akan bercerita tentang pasangannya dan memuji-muji pasangan apabila berbual dengan kawan-kawan.

Author: nikhanz

Hai, saya Nik. Terima kasih kerana layari blog saya! Ikuti saya di laman sosial terpilih.

3 thoughts on “Perkongsian: 9 Cara mengesan Lelaki Teruna?”

Leave a Reply