Percintaan: Dari Lelaki untuk Perempuan

Manusia diciptakan secara fitrah mempunyai rasa ingin menyintai dan dicintai. Cinta adalah sesuatu perasaan yang istimewa dan indah yang lahir tanpa disedari apabila umur sudah akil baligh perasaan ini akan hadir dengan sendirinya.

Sehingga sampai satu tahap kita akan bertanya pada diri sendiri. Apabila seseorang lelaki memandang pada seorang perempuan ada kelainan yang terasa dikalbu. Begitu juga perempuan apabila melihat lelaki ada rasa tertarik.

Apabila menyebut tentang percintaan disini aku ingin kongsikan sedikit tentangnya. Kebiasaan kalau remaja sedang dilamun cinta, kerap kali kawan-kawan akan menggelarkan mereka dengan ‘Jiwang’.

Kerana orang yang sedang masuk fasa pertama cinta ini mereka akan bergelamun, berkhayal dan syok sendiri dan ada kalanya walaupun dia sedang keseorangan dalam bilik tiba-tiba sahaja tersenyum tanpa sebab.

Disini aku ingin katakan ‘Jiwang’ tiada salahnya, namun mestilah ia diatasi dengan berhemah dan biarlah perpada-pada atau bersederhanalah. Janganlah kita terlalu melayan perasaan ‘Jiwang’ ini sekiranya ia menyebabkan kemudharatan pada masa depan.

Remaja dan Couple (berduaan)

Diusia muda-muda begini apabila masuk dalam dunia percintaan, jiwa remaja kita sering memberontak untuk mendapatkan sesuatu. Kalau tak dapat kita akan rasa nak juga sehinggalah kita dapat apa yang dimahukan.

Rasa ingin disayangi, dibelai, ambil berat, dihargai, mempunyai tempat untuk berkongsi masalah (mungkin) inilah tujuan utama ‘couple’ yang sedang dan masih popular dikalangan remaja-remaja sama ada di sekolah menengah, kolej, mahupun di universiti.

Apabila kita sudah menjumpai pasangan dan ‘suka sama suka’ kita akan merasakan dunia ini bagai kita yang punya. Oh indahnya percintaan.

Apabila sudah sampai ke fasa ini, ada diantara mereka sering hubung menghubungi, bersms, Tanya khabar dan sebagainya. Ini perkara biasa yang kita dapati dan selalunya berlaku apabila cinta sudah berputik.

Cinta dari Allah / Cinta dari Jin / Cinta dari Syaitan

Cinta dari Syaitan

Baiklah, disini aku ingin kongsikan beberapa sahaja tidak banyak. Kerana aku bukan Dr. Cinta seperti diluar sana.

Mengikut pengalaman, pergaulan, pemerhatian semasa aku selama aku hidup sehinggalah sekarang disini aku ingin kongsikan tenang Lelaki yang Perempuan mesti tahu untuk kebaikan dan untuk dijadikan pedoman hidup.

Pertama kali, inilah wahai Perempuan dan (golongan ini yang paling aku sayang) berbanding lelaki. Kata-kata ini yang mesti kamu ingat sampai bila-bila.

“Sejahat-jahat mana pun lelaki, mereka tidak akan mengahwini perempuan yang tidak baik. Mereka akan berkahwin dengan yang baik juga walaupun mereka jahat”.

Wahai perempuan kamu tahu sebab apa?

Ini kerana lelaki ini tidak akan sesekali mengahwini perempuan yang tidak baik atau memperisterikan perempuan jenis ini, untuk kebaikan dan masa depan anak-anaknya.

Biarpun bibir Lelaki pernah berkata..

“Kalau you buka tudung, I bertambah sayang pada you”

“Saya sayang pada awak”, dan dia mula ingin memegang tangan dan sebagainya yang melibatkan ‘sentuhan’.

Ada jenis memuji kalau kamu pakai seluar Jeans ketat. Walaupun dia tahu ketat, tapi Nafsu lelaki siapa yang tahu?

Ketahuilah Lelaki sebegini sebenarnya Tidak pernah menyayangi kamu. Mereka tipu dan bohong meskipun mereka ucap kata-kata yang boleh meyakinkan kamu perempuan. Jangan percaya. Please don’t!

Mana-mana lelaki atas muka bumi yang nama Islam. Dia tahu sentuhan diantara bukan muhrim diantara lelaki dan perempuan hukumnya haram di dalam Islam. Tapi dia buat juga sebab lelaki suka mengetest / menguji perempuan. Sebab bila perempuan sudah mencintai sepenuh jiwa pada lelaki, dia sangup serahkan segalanya. Nama cinta bukan? ‘Berkorban apa sahajalah’. Biarpun maruah tergadai, atau segaja digadaikan.

Biarpun ia melibatkan Dosa Besar. Lelaki jenis ini tidak pernah endahkan semua ini (tapi bukanlah semua) apabila kamu banyak bergaul dengan lelaki, kamu pasti akan jumpa dengan Lelaki yang aku maksudkan ini.

Cinta dari Jin

Begitu banyak slot percintaan, naik pening dibuatnya. Hmm.. bagaimana pula dikatakan Cinta daripada Jin?

Ia lebih kurang sebegini, apabila kamu sudah menyintai seseorang itu. Namun si dia tidak pernah menyintai pada kamu. Setiap kali kamu mencuba dan mencuba untuk mendekati. Akhirnya Lelaki ini menyihir menggunakan bomoh, tangkal dan sebagainya menggunakan perantaraan Jin.

Akhirnya, si Perempuan tadi menyukai kamu. Inilah dikatakan Cinta daripada Jin.

Contoh lagi. Si lelaki menyukai seorang perempuan bernama Umaira. Namun setiap kali si Lelaki memujuk untuk bersama. Si Perempuan menolak dengan baik. Setelah sekian lama mencuba, mulalah syaitan masuk ‘line’. Lalu hati si Lelaki tadi telah dipengaruhi dan berjumpa dengan bomoh sekian-sekian. Si lelaki buat saja apa yang Tok bomoh tu suruh. Lalu si Umaira tadi menyukai si lelaki tadi dengan tiba-tiba.

Inilah dikatakan Cinta daripada Jin.

Cinta dari Allah

Ha.. cinta daripada Allah ini cinta yang paling indah dan sungguh istimewa untuk sesiapa yang belum alami.

Cinta begini datang ada ciri-cirinya. Contohnya untuk lelaki (kerana saya lelaki). Apabila kamu sudah menyintai seseorang Perempuan kerana Allah, jika kamu seorang lelaki yang tidak baik pada asalnya. Contoh sebelumnya kerap kali melakukan Dosa Besar, atau maksiat. Apabila kamu menjumpai Perempuan yang Berjaya mencuit hati dan perasaan kamu. Kamu tiba-tiba berubah.

Perubahan diantaranya, sebelum ini mungkin kamu sangat Liat untuk berjemaah di surau / masjid. Namun secara tiba-tiba kamu rajin, dan secara tidak sedar kamu semakin dekat dengan Allah SWT.

Dalam diam kamu berusaha mencari ilmu dan mempunyai hajat untuk bertunang lalu bernikah dengan Perempuan tersebut dan seterusnya membina mahligai keluarga bahagia.

Sedang dalam usaha itu, mungkin kamu akan terus tegur menegur diantara kalian. Memperingati diantara satu sama lain. Mungkin pada mulanya Lelaki ini katakan pada kamu hanya teguran sebagai ‘seorang sahabat’ yang dia amat sayang. Namun dalam diam dia sudah menyimpat hajat untuk memperisterikan kamu wahai Perempuan.

Tandanya amat senang nak tahu. Antaranya..

  • Lelaki ini sering remind / nasihat si Perempuan tentang Halal Haram. Tidak kira dimana.. laman social ke, diluar ke, sms ke.. chatting ke..
  • Dia tidak banyak cakap tentang hal-hal yang tiada isi. Mungkin gurau dlm 1 percent ada la…
  • Dia sering memberikan buku-buku ilmiah kepada si Perempuan ni.. iyalah.. nak jumpa selalu tak dapat.. bukan Muhrim kan? Jadi memberikan buku supaya si Perempuan tadi baca.. ini adalah terbaik.
  • Dia jaga batas-batas hubungan semasa dalam tempoh ‘persahabatan’ ini.. Meskipun lelaki ini mampu membuat lebih-lebih..
  • Dia tidak akan mengucapkan kata-kata manis pada si Perempuan seperti ‘SAYANG’, ‘I LOVE YOU’, ‘SOMBONGNYA AWAK SEKARANG’.. dan banyak lagi.
  • Itulah Cinta kerana Allah SWT.. dia akan SAYANG perempuan itu dan menjaga serta melindungi diri Perempuan itu daripada terjerumus kepada benda yang tidak baik.

Indah kan?

KALAU lelaki itu memperlakukan sebalik nya terhadap diri anda wahai Perempuan.. maka AWAS!.. itu dia suka kamu kerana NAFSU..

Maka apa tindakan kamu..?

sila minta nasihat sesiapa.. untuk berpisah secara perlahan.. sila Tanya pakar.. err.. tak tau next step.. ehehe..

bawah ini contoh video yang benar-benar lah kalau suka sangat pada perempuan.

1 Lagi Fakta bukan Auta..

Ketahuilah kebanyakkan Lelaki pada zaman sekarang suka & gemar menonton video lucah. Ya benar saya tidak tipu. Tapi jangan kamu gatal-gatal nak pergi Tanya, orang lelaki tidak akan mengaku.. atau kalau kamu Tanya silap hari bulan jadi benda lain.

Kecuali bagi mereka sudah bertaubat…

Maka berwaspadalah kita sentiasa..

Author: nikhanz

Hai, saya Nik. Terima kasih kerana layari blog saya! Ikuti saya di laman sosial terpilih.

8 thoughts on “Percintaan: Dari Lelaki untuk Perempuan”

  1. Asalamualaikum,perkongsian nih amat bermakan bagi saye bro walaupun saye lelaki saye pun berasa sama ape yg dirasekan bro skang nih….

  2. Hmm, Cinta Dari Manusia takde? Info ‘Cinta Dari Allah S.W.T’ tu macam ada bende yg tak lengkap je… Cinta dari Allah S.W.T. lebih besar nikmatnya daripada mana-mana cinta, Seseorang itu hidupnya bagaikan telah dijanjikan oleh Allah S.W.T. syurga kepadanya justeru masalah hidupnya dimuka bumi ini langsung tidak menyusahkan sedikit pun malahan Imannya menjadi semakin tegak, teguh dan lurus. Mengenai point-point diatas itu tidak pastilah kerana cinta itu dibalas bagaimana oleh seseorang itu tak kira cinta itu daripada siapa.
    Pada pandangan peribadi saya, info mengenai Cinta dari Allah S.W.T. yang dinyatakan oleh Tuan hanya sebahagian sahaja. Dan lebih kepada manusia itu sendiri.

Leave a Reply