Pentingnya memilih kawan yang mature

Memilih seseorang untuk dijadikan kawan adalah sangat penting untuk masa depan kita. Secara tidak sedar, ramai yang tidak menyedari kepentingan memilih kawan yang matang dan baik untuk masa depan. Kawan ini memainkan perananan dalam kehidupan kita selepas ibu dan bapa sebenarnya.

“Kita sekarang, merupakan kita yang akan datang..”

Ada dalam hadis mana sudah, saya dah tidak ingat. ia berbunyi begini..

“Untuk mengetahui siapa dia, lihatlah dengan siapa dia bersahabat”..


Ini menunjukkan mencari sahabat aka kawan yang baik ini adalah diharuskan, kerana ia menentukan siapa kita di masa akan datang. Kerana melalui kawan juga pembentukkan peribadi akan berlaku.

Sebagai contoh senang, apabila kita berkawan dengan seseorang. Kita ‘terpaksa’ mengikut rentak mereka baru boleh masuk dengan mereka. Sebagai contoh lain, saya di kolej. Di kolej kita akan menjumpai sekumpulan tidak kira perempuan atau lelaki. Kita akan lihat macam mana masing-masing boleh mesra atau boleh ke sana dan kesini bersama-sama. Sudah pasti ada sedikit sebanyak persamaan dikalangan mereka.

Ok. Sekiranya kita ingin berkawan dengan orang tua. Adakah kita akan berpelakuan seperti kita berkawan dengan kawan-kawan kita di kolej atau kita ikut rentak orang tua tersebut? Orang tua disini bukan bermaksud orang tua yang sudah pencen! Tapi orang yang lebih tua pada kita, beza 2-4 tahun dengan kita contohnya.

Individu yang matang boleh dilihat melalui peribadi mereka, tidak kiralah macam mana carapun. Namun kebiasaannya individu yang matang, dia akan menggunakan masanya dengan perkara yang berfaedah daripada membuang masa. Sebagai contoh mudah adalah ibu dan bapa kita, adakah mereka menghabiskan masa seperti kita? Sudah tentu sebaliknya! Kehidupan mereka lebih tersusun padahal mereka tidak membuat sebarang jadual waktu, namun mereka pandai memenuhkan masa yang terluang. itulah yang dinamakan matang aka mature!

Kalau kita berkawan dengan orang kuat bercinta, maka bergitulah kita akan datang. Tidak salah, tapi letakkan benteng ditengahnya (:

Namun segalanya terletak pada diri kita sendiri untuk menerima atau tidak.

Author: nikhanz

Hai, saya Nik. Terima kasih kerana layari blog saya! Ikuti saya di laman sosial terpilih.

2 thoughts on “Pentingnya memilih kawan yang mature”

Leave a Reply